Apakah yang dimaksudkan dengan SALAH LAKU pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan? Menurut seksyen 24(1) Akta 700, salah laku bermaksud:
- apa-apa TINDAKAN YANG DIAMBIL atau TIDAK DIAMBIL oleh pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan yang:
- berlawanan dengan undang-undang bertulis;
- berdasarkan kesilapan undang-undang atau fakta;
- alasan patut diberikan tetapi tidak diberikan.
- adalah tidak munasabah, tidak adil, menindas atau berdiskriminasi secara tidak wajar; dan
- dilakukan atas motif yang tidak wajar, alasan atau pertimbangan yang tidak berkaitan.
- gagal mengikuti kaedah dan tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang atau oleh pihak berkuasa yang berkenaan; dan
- apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan.
Contoh salah laku yang diadukan kepada Suruhanjaya:
- Aduan pengadu tidak diambil dengan betul di mana pegawai yang menerima aduan pengadu gagal mencatatkan butiran yang diberikan oleh pengadu.
- Siasatan yang mengambil masa yang terlalu lama dan pengadu tidak dimaklumkan mengenai status siasatan walaupun berkali-kali menghubungi Pegawai Penyiasat.
- Pegawai penyiasat melengah-lengahkan siasatan.
- Pertuduhan dikenakan tanpa mengambil kira sepenuhnya fakta kes dan undang-undang terpakai.
- Pegawai penguat kuasa membuat arahan yang menguntungkan pihak-pihak tertentu.
- Kertas siasatan ditutup (Tiada Tindakan Lanjut) terlalu cepat 1 – 3 hari.
- Agensi penguatkuasaan tidak ambil tindakan menangkap penjenayah walaupun jenayah yang berleluasa telah dilaporkan dan penjenayah dikenal pasti.