Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan di sini memaklumkan, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Ordinan Pelesenan telah diluluskan kerajaan negeri dan proses pindaannya segera dimulakan.

 

“Bagi undang-undang negeri yang sudah berkuatkuasa seperti Ordinan Perlombongan Minyak 1958 dan Kanun Tanah 1958, pihak berkuasa negeri berkaitan akan memulakan proses memastikan pematuhan undang-undang termasuk mengumpulkan maklumat daripada semua pemain industri.

“Ini termasuk dengan penglibatan lebih terperinci dan komprehensif daripada pemain industri berkaitan,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, kerajaan negeri menyedari proses terbabit mengambil masa tetapi membenarkan para pemain industri untuk menjalankan perniagaan dan operasi mereka selewat-lewatnya sehingga akhir 2019 serta mengambil langkah-langkah bertepatan dengan pematuhan undang-undang negeri.

Langkah menguatkuasakan undang-undang terhadap aktiviti minyak dan gas termasuk Ordinan Pengagihan Gas 2016 itu telah dimaklumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 6 Mac lalu. - UTUSAN ONLINE