Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) ingin menjemput pembekal/kontraktor yang ingin menyertai pelawaan sebut harga/tender di Suruhanjaya ini untuk berdaftar dengannya.
Pembekal/kontraktor yang dapat memberi bekalan/perkhidmatan seperti di bawah adalah digalakkan mendaftar:
- Percetakan - bahan rujuk, beg, t-shirt dan sebagainya
- Alat tulis dan keperluan pejabat
- Perkhidmatan katering
- Sewaan sistem audio dan keperluan audio
- Perkhidmatan penterjemahan / transkripsi
- Perkhidmatan latihan
- Keperluan ICT
- Cenderahati
- Penyelenggaraan/membaik pulih ruang pejabat
- Penyelenggaraan/membaik pulih peralatan pejabat
- Perabot dan alat kelengkapan pejabat
- Alat keperluan elektrik/elektronik
- Lain-lain keperluan pejabat
Sila kemukakan dokumen (yang terkini) berikut dan emelkan kepada eaic-perolehan@eaic.gov.my atau faks 03 8888 6526 (u.p. : Unit Perolehan, Seksyen Kewangan)
a) Sijil-sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
b) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera (Kementerian Kewangan Malaysia)
c) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat (Kementerian Kewangan Malaysia)
d) Lampiran A - Senarai Kod Bidang (Keterangan Pembekalan Barang)
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan tender / sebutharga sila hubungi Unit Perolehan, Seksyen Kewangan di talian 03 8888 6513.