
3 bentuk yang diolah daripada kuku harimau menunjukkan keberanian melindungi kepentingan orang ramai. Pertindihan antara 3 bentuk tersebut menunjukkan semangat saling membantu dalam memupuk integriti antara Suruhanjaya ini, orang ramai dan agensi-agensi penguatkuasaan.
3 bucu tepat bertembung menunjukkan Suruhanjaya ini mengamalkan ketegasan, ketelusan dan efisien dalam melaksanakan tugasnya.
3 warna iaitu merah, emas dan hitam adalah simbolik kepada Suruhanjaya ini dan melambangkan;
Merah
Ketegasan EAIC dalam memperkasakan integriti di kalangan agensi penguatkuasaan.
Emas
EAIC memandang berat dan menganggap penting setiap fungsi yang diamanahkan kepada EAIC melibatkan integriti.
Hitam
Keberanian EAIC dalam bertindak tanpa rasa takut dan bimbang.