Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

2 Anggota Polis Positif Dadah Dalam Serbuan Pusat Hiburan

3 Feb 2018

Dua anggota polis berpangkat Koperal antara 15 individu lelaki ditahan positif dadah sewaktu serbuan di sebuah pusat karaoke di Taman Perindustrian Sekinchan, semalam. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, ketika dihubungi Bernama News Channel (BNC) berkata, anggota polis berusia 32 dan 45 tahun itu didapati positif dadah jenis amphetamin dan methampetamine. Beliau berkata serbuan pada jam 2 pagi oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman itu turut menahan tiga lelaki kerana memiliki 16 biji pil ectasy dan enam biji Eramin 5. 'Apa salahku, cikgu?' Dalam serbuan itu, JIPS juga menyelamatkan tiga wanita Vietnam dan dua wanita Thailand dipercayai pekerja pusat karaoke itu. Susulan itu, tiga lelaki warga tempatan bertindak sebagai majikan, ejen dan saksi ditahan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIP). Turut ditahan, enam lelaki Myanmar dan tiga wanita Vietnam kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. - Bernama

Source:  Malaysia Kini