Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

Agong perkenan pelantikan tiga lagi Pesuruhjaya EAIC

3 Nov 2020

KUALA LUMPUR, 3 Nov  -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini memperkenankan pelantikan tiga lagi anggota Pesuruhajaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) untuk tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 1 Nov.

Menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, ketiga-tiga individu yang dilantik itu ialah Tan Sri Mahmood Adam, Tan Sri Aziah Ali, dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin.

"Pelantikan itu melengkapkan barisan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan sedia ada yang diterajui Tan Sri Mohd Sidek Hassan (Pengerusi), Tan Sri Datuk Zainun Ali (Timbalan Pengerusi), Datuk John Louis O'hara dan Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod,” menurut kenyataan itu.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan barisan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan itu akan terus memacu matlamat dan komitmen untuk memartabatkan integriti dalam kalangan penguatkuasaan seliaan.   

 

Sumber : BERNAMA