Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

EAIC tingkat usaha perkasa budaya integriti

30 Jul 2021

PETALING JAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan meningkatkan usaha memperkasa budaya berintegriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan di bawah seliaanya di Selangor serta seluruh negara amnya selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

EAIC dalam satu kenyataan memaklumkan, ia berikutan peranannya selaku agensi yang bertanggungjawab mengawal selia pematuhan integriti pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

“EAIC menjunjung kasih atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibniAlmarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Rabu, 28 Julai 2021 yang telah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti rasuah atau pecah amanah yang boleh meruntuhkan imej pentadbiran dan nama baik pegawai Kerajaan di Negeri Selangor.

“EAIC menyanjung tinggi pendirian dan ketegasan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dalam memastikan aktiviti rasuah atau pecah amanah di Negeri Selangor dapat dibenteras” katanya.

Sumber : Utusan Online