Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

EAIC umum pemenang pertandingan fotografi

29 Mac 2021

PUTRAJAYA 26 Mac 2021 – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengumumkan tiga pemenang hadiah utama Pertandingan Fotografi yang bertemakan Penguat Kuasa & Masyarakat #mulakandenganintegriti yang berlangsung pada 4 Disember tahun lepas hingga 8 Januari yang lalu.   

Pemenang pertama bagi pertandingan itu diberikan kepada Munson Lasmat (Pertama), Irwan Majid (Kedua) dan Khairul Ikmal Khairuddin (Ketiga) dengan masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000, RM750 dan RM500, cenderamata barangan EAIC dan sijil penyertaan.  Selain itu, 30 peserta lain turut menerima hadiah saguhati berupa cenderamata barangan EAIC beserta sijil penyertaan. 

Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, Norhayati Ahmad berkata pertandingan berkenaan dianjurkan bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat dan penguat kuasa mengenai integriti, serta keyakinan komuniti tterhadap mutu perkhidmatan agensi penguatkuasaan di negara ini. 

Beliau berkata sebanyak 125 penyertaan telah dihantar orang awam sepanjang tempoh pertandingan berlangsung dengan jumlah keseluruhan 317 foto.

"Seramai 30 peserta lain turut menerima hadiah saguhati berupa cenderamata barangan EAIC dan sijil penyertaan, " katanya dalam satu kenyataan di sihi hari ini. 

Norhayati berkata, EAIC telah menerima penyertaan foto yang memaparkan penguat kuasa memberikan perkhidmatan kepada masyarakat ketika sedang bertugas di lapangan yang menepati tema pertandingan 

" Ini menepati tema pertandingan iaitu Penguat Kuasa & Masyarakat yang mana subjek dan mesej dalam foto perlulah memaparkan amalan terbaik penguat kuasa yang berintegriti daripada perspektif masyarakat. 

Untuk melihat koleksi foto pemenang pertandingan, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi EAIC di www.eaic.gov.my atau melalui laman media sosial EAIC eaicofficial di Facebook, Instagram dan Flickr. 

Sumber : BERNAMA