Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

Maklum balas RUU IPCMC positif daripada keseluruhan lima sesi pendengaran awam

16 Nov 2019

KUALA TERENGGANU - Keseluruhan lima sesi pendengaran awam cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis, IPCMC, positif.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas menimbang RUU IPCMC itu, Ramkarpal Singh laporan dan kajian mengenai perkara tersebut mengambil kira pandangan awam tanpa mengira fahaman politik.

Jelasnya suruhanjaya itu berperanan dalam meningkatkan reputasi PDRM selain memberi banyak manfaat kepada anggota polis.

Terengganu adalah sesi terakhir pendengaran awam IPCMC, menyaksikan penyertaan lebih 500 peserta.

RUU IPCMC itu akan dibentangkan ke Dewan Rakyat pada atau selewat-lewatnya 25 November ini.

Sumber : Berita RTM