Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

Panggilan palsu guna nama EAIC

10 Dis 2020

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) membuat laporan polis berhubung panggilan palsu menggunakan nama suruhanjaya itu bagi meminta sejumlah wang.

Menerusi kenyataan, EAIC menerima telah menerima beberapa aduan daripada mangsa sejak kebelakangan ini. 

"Sehubungan dengan itu, orang ramai yang menerima panggilan meragukan ini dinasihatkan agar berhati-hati dan mendapatkan pengesahan daripada pihak EAIC menerusi talian dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.eaic.gov.my," katanya.

Dalam pada itu, EAIC turut menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat perkara tersebut.

"Ia bagi melindungi kepentingan awam serta menjaga reputasi EAIC," katanya.
 

Sumber : SInar Harian