Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

Polis Johor pergiat kempen VSP

7 Dis 2017

VSP

JOHOR BAHRU 6 Dis. - Dalam usaha mempertingkatkan kesedaran orang ramai berhubung perkhidmatan Volunteer Smartphone Patrol (VSP), polis Johor terus rancak mengadakan kempen penggunaan aplikasi tersebut.

Di Larkin Sentral di sini sebentar tadi, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din melancarkan pelekat VSP sekali gus menampal pelekat berkenaan penggunaan VSP di beberapa buah bas.


“Pelancaran pelekat itu bersempena program High Profile Policing yang kita jalankan di terminal bas Larkin ini dan kita berharap dengan pendekatan yang diambil akan lebih ramai orang akan menggunakan VSP.

“Di Johor buat masa ini, seramai 93,935 pengguna sudah mendaftar penggunaan aplikasi tersebut sehingga kini,” katanya pada Majlis Pelancaran Sticker Volunteer Smartphone Patrol dan Penyampaian 31 Unit Rondaan Bermotorsikal (URB).

Tambahnya, dengan memuat turun aplikasi VSP itu, orang ramai boleh membuat laporan dengan kiriman gambar, video dan percakapan di samping lokasi insiden untuk memudahkan tindakan segera diambil

source :-  Utusan Online