Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

Sebut Harga Kerja-Kerja Penambahan Port Telefon, Port Rangkaian Internet Dan Power Plug Berserta Face Plate Dan Kerja-Kerja Pengkabelan/Pendawaian IT

Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah tempohnya seperti maklumat di bawah bagi menyertai sebut harga berikut:

1. Sebut Harga Kerja-kerja Penambahan Port Telefon, Port Rangkaian Internet dan Power Plug Berserta Face Plate dan Kerja-Kerja Pengkabelan/Pendawaian IT di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) adalah dibuka kepada kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1 di bawah kategori dan pengkhususan berikut:

2. Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak

Syarikat tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak yang akan diadakan seperti ketetepan berikut :

Tarikh        : 7 Januari 2021
Masa         : 11.00 pagi
Tempat      : Bilik Pendengaran Aras 11,
                   Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan,
                   Blok Menara, Bangunan Menara Usahawan,
                   No. 18 Persiaran Perdana,
                   Presint 2, 62652 Putrajaya.


Wakil syarikat dikehendaki membawa surat perwakilan untuk disahkan semasa taklimat dan kehadiran dihadkan kepada dua (2) orang wakil sahaja. Sila bawa bersama dokumen salinan asal dan salinan fotostat yang disahkan seperti berikut:


  • Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB Gred G1
  • Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)


Syarikat tuan/puan juga adalah diminta untuk membawa Cop Rasmi Syarikat yang mengandungi alamat lengkap syarikat bagi tujuan pengeluaran dokumen sebut harga. Ini kerana dokumen sebut harga akan diberikan nombor siri untuk tujuan pengawalan.

Syarikat tuan/puan dikehendaki membuat Pengesahan Kehadiran ke Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak pada atau sebelum 6 Januari 2021 (Rabu) melalui emel eaic-perolehan@eaic.gov.my


3. Dokumen Sebut Harga

Penyebut harga boleh mendapatkan dokumen sebut harga di Aras 5 Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Blok Menara, Bangunan Menara Usahawan, No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya pada hari dan waktu bekerja sahaja sehingga tarikh tutup sebut harga.

Sebut harga yang lewat dihantar tidak akan diterima/ dilayan. Pihak EAIC tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung.

Tawaran akan ditolak sekiranya gagal memenuhi mana-mana syarat dalam dokumen sebut harga.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi iaitu Sampul Dokumen Asal dan Sampul Dokumen Teknikal hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan dilabelkan dengan No. Sebut Harga dan Tajuk Sebut Harga.


4. Sebarang pertanyaan berhubung Notis Pelawaan Sebut Harga ini, sila hubungi Urus setia Perolehan EAIC :

  • Puan Siti Aishah binti Abd Majid 03-8880 5716
  • Puan Hafizah binti Hassan 03-8880 5714