Talian Aduan

03 - 8880 5651 / 5625/ 5627

Sebut Harga Perkhidmatan Pangkalan Data Undang-Undang (Legal Database) Untuk Tiga Pengguna (Users) Bagi Tempoh Tiga Tahun

17 Feb 2021

Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang masih lagi berkuat kuasa dan memiliki sekurang-kurangnya salah satu kod bidang bagi menyertai sebut harga sepertimana berikut:

1. Dokumen Sebut Harga

i. Penyebut harga dikehendaki membuat permohonan untuk mendapatkan Dokumen Sebut Harga secara emel kepada eaic-perolehan@eaic.gov.my dengan menyatakan nama dan alamat lengkap syarikat kerana Borang Sebut Harga (Lampiran Q) akan diberikan nombor siri untuk pengawalan.

ii. Dokumen Sebut Harga hanya akan diberikan melalui emel kepada pembekal berikutan pelawaan sebut harga ini dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa mulai 5 hingga 18 Februari 2021.

iii. Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap diisi iaitu Sampul Dokumen Asal, Sampul Dokumen Teknikal dan Sampul Dokumen Harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan dilabelkan dengan No. Sebut Harga dan Tajuk Sebut Harga.

iv. Dokumen Sebut Harga boleh dihantar dengan menggunakan perkhidmatan kurier atau hadir ke pejabat EAIC dengan memasukkan Dokumen Sebut Harga tersebut ke dalam Peti Sebut Harga pada atau sebelum masa dan tarikh tutup iaitu pada jam 12.00 tengah hari 2 Mac 2021.

v. Sebut harga yang lewat dihantar tidak akan diterima atau dilayan. Pihak EAIC tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung.

vi. Tawaran akan ditolak sekiranya gagal memenuhi mana-mana syarat dalam dokumen sebut harga.

 

2. Sebarang pertanyaan berhubung Kenyataan Tawaran Sebut Harga ini, sila kemukakan melalui emel atau menghubungi Urus setia Perolehan EAIC sepertimana berikut: