- Menerima, menyiasat dan memutuskan semua aduan yang diterima secara adil, saksama dan telus berdasarkan kuasa yang diberikan oleh undang-undang dalam tempoh masa 6 hingga 12 bulan dari tarikh aduan diterima.
- Menyemak, mengaudit dan melengkapkan cadangan penambahbaikan terhadap sistem atau tatacara kerja dalam tempoh 90 hari bekerja dari tarikh dokumen dan maklumat diterima.
- Memaklumkan kepada pengadu keputusan muktamad Suruhanjaya ke atas aduan yang diputuskan dalam masa 3 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Suruhanjaya.