polar
Selamat Datang ke Pautan Pantas Portal Rasmi
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN
(EAIC)

sidek

DATUK SITI ZAINAB OMAR dilahirkan pada 31 Mei 1963 di Selangor. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Essex, United Kingdom (1985) dan Certificate of Barrister dari Gray’s Inn, United Kingdom (1986).

Datuk Siti Zainab Omar berpengalaman luas dalam bidang perundangan dan kehakiman menerusi khidmat sebagai Peguam Cara Perbendaharaan di Kementerian Kewangan (2009), Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Munisipal), Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara (AGC) (2012), Pegawai Undang-Undang di AGC (2013), Ketua Bahagian Penasihat, Penasihat Utama Persekutuan AGC (2014) dan Peguam Cara Negara II (2018 sehingga 2023).

Sepanjang perkhidmatan, Datuk Siti Zainab Omar telah dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.).

Datuk Siti Zainab Omar telah diperkenan pelantikan sebagai Pesuruhjaya EAIC oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024 untuk tempoh tiga tahun.

sidek

DATUK ONG LAM KIAT dilahirkan pada 9 Oktober 1956 di Perak. Beliau memegang Ijazah Sastera dari Ealing College of Higher Education (1980), Degree of Utter Barrister, Honorary Society of Lincoln’s Inn (1981) dan Ijazah Sarjana Undang-Undang, Universiti Hong Kong (1993).

Datuk Ong Lam Kiat berpengalaman luas dalam bidang perundangan dan kehakiman menerusi khidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman (2007), Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bharu (2010), Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor (2013), Hakim Mahkamah Rayuan (2014) dan Hakim Mahkamah Persekutuan (2019).

Sepanjang perkhidmatan, Datuk Ong Lam Kiat telah dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.).

Datuk Ong Lam Kiat telah diperkenan pelantikan sebagai Pesuruhjaya EAIC oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024 untuk tempoh tiga tahun.

sidek

DATO’ DR. MOHD GAZALI ABAS dilahirkan pada 1 Julai 1960 di Kelantan. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian), Universiti Malaya (1983), Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan), Universiti Nottingham, United Kingdom (1991) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) (Maklumat dan Telekomunikasi Global), Universiti Waseda, Jepun (2005).

Dato’ Dr. Mohd Ghazali Abas berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam menerusi pelantikan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) di Kementerian Sumber Manusia (2015). Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Sumber Manusia (2017), Kementerian Pendidikan Tinggi (2018) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (2019).

Sepanjang perkhidmatan, Dato’ Dr. Mohd Ghazali Abas telah dianugerahkan darjah kebesaran Kesatria Mangku Negara (K.M.N.), Dato’ Paduka Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi II) (D.P.S.K.) dan Bentara Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi IV) (B.S.K.).

Dato’ Dr. Mohd Ghazali Abas telah diperkenan pelantikan sebagai Pesuruhjaya EAIC oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024 untuk tempoh tiga tahun.

sidek

DATUK SERI DR. YUSOF ISMAIL dilahirkan pada 14 Mei 1962 di Terengganu. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, B.EC (Kepujian) dari Universiti Malaya (1985), Diploma Pengurusan Awam dari Institut Tadbiran Awam (INTAN) (1988), Diploma Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1991), Ijazah Sarjana (Development of Economic) Kolej Williams, Amerika Syarikat (1997) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Universiti Putra Malaysia (2011).

Datuk Seri Dr. Yusof Ismail berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam menerusi pelantikan sebagai Setiausaha Bahagian di Kementerian Kewangan (2018) dan Timbalan Ketua Pengarah di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah MAMPU (2020 sehingga 2023).

Sepanjang perkhidmatan, Datuk Seri Dr. Yusof Ismail telah dianugerahkan darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah (S.M.W.), Dato’ Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (D.S.M.Z.) dan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.).

Datuk Seri Dr. Yusof Ismail telah diperkenankan pelantikan sebagai Pesuruhjaya EAIC oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024 untuk tempoh tiga tahun.

sidek

DATO’ SERI DR. RAZALI AB MALIK dilahirkan pada 6 Januari 1963 di Negeri Sembilan. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1986), Diploma Pengurusan Awam, Institut Tadbiran Awam (INTAN) (1997), Ijazah Sarjana Strategi dan Diplomasi UKM (2003) dan Ijazah Doktor Falsafah (Sains Politik) UKM (2014).

Dato’ Seri Dr. Razali Ab Malik berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam menerusi pelantikan sebagai Ketua Unit Korporat di INTAN (2005) sebelum menyertai Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi sebagai Setiausaha Bahagian (2011 sehingga 2015). Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Kluster di INTAN (2015 sehingga 2018) sebelum dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (2018 sehingga 2023).

Sepanjang perkhidmatan, Dato’ Seri Dr. Razali Ab Malik telah dianugerahkan darjah kebesaran Kesatria Mangku Negara (K.M.N.), Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (S.S.N.S.) dan Dato’ Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S).

Dato’ Seri Dr. Razali Ab Malik telah diperkenankan pelantikan sebagai Pesuruhjaya EAIC oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024 untuk tempoh tiga tahun.