polar
Selamat Datang ke Pautan Pantas Portal Rasmi
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN
(EAIC)

Apakah yang dimaksudkan dengan SALAH LAKU pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan? Menurut subseksyen 24(1) Akta 700,  Suruhanjaya boleh menerima atau dirujukkan bagi aduan-aduan yang berikut-

(a) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis;

(b) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang, pada pendapat Suruhanjaya, adalah tidak munasabah, tidak adil, menindas atau berdiskriminasi secara tidak wajar;

(c) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang, pada pendapat Suruhanjaya, dilakukan atas motif yang tidak wajar, alasan yang tidak berkaitan atau pertimbangan yang tidak berkaitan;

(d) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang berdasarkan kesilapan undang-undang atau fakta;

(e) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang alasan patut diberikan tetapi tidak diberikan;

(f) kegagalan pegawai penguat kuasa untuk mengikuti kaedah-kaedah dan tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang atau oleh pihak berkuasa yang berkenaan; dan

(g) perlakuan apa-apa kesalahan jenayah oleh pegawai penguat kuasa.

Bil Contoh Salah Laku Yang Diadukan Kepada Suruhanjaya
1 Pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan gagal untuk menjalankan tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya di bawah bidang kuasanya.
2 Pegawai penguat kuasa gagal menjalankan tindakan ke atas aduan yang dibuat oleh orang awam kepada agensi penguatkuasaan tersebut.
3 Pegawai penguat kuasa gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkaitan dalam melaksanakan tugas.