polar
Selamat Datang ke Pautan Pantas Portal Rasmi
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN
(EAIC)

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen di bawah seksyen 3 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] yang diwartakan pada 3 September 2009 dan mula berkuat kuasa pada 1 April 2011.

Akta 700 ini menggantikan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis 2005. Penubuhan EAIC selaras dengan sasaran Kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan integriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan demi memperkukuh keyakinan orang ramai terhadap mereka.