polar
Selamat Datang ke Pautan Pantas Portal Rasmi
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN
(EAIC)

logo eaic big

Tiga bentuk lakaran yang diolah menyerupai kuku harimau melambangkan keberanian melindungi kepentingan orang awam. Tiga bentuk yang bertindih tersebut melambangkan semangat dalam memupuk integriti dan saling membantu antara EAIC, orang ramai, serta agensi penguatkuasaan.

MERAH EMAS HITAM
Warna merah melambangkan ketegasan EAIC dalam memperkasakan integriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan. Warna emas melambangkan EAIC memandang serius dan mengutamakan integriti dalam setiap fungsi yang diamanahkan kepadanya. Warna hitam melambangkan keberanian EAIC untuk bertindak tanpa rasa takut dan bimbang.

Tiga bucu tepat yang bertembung menunjukkan EAIC mengamalkan ketegasan, ketelusan dan efisien dalam melaksanakan tugas.