polar
Selamat Datang ke Pautan Pantas Portal Rasmi
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN
(EAIC)

Fungsi Suruhanjaya

Sejak Akta 700 berkuat kuasa, Suruhanjaya telah melaksanakan fungsi dan peranannya, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 4(1) Akta 700 seperti yang berikut:

Bil Fungsi
(a) menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap seseorang pegawai penguat kuasa atau terhadap sesuatu agensi penguatkuasaan secara amnya dan menyiasat serta mengadakan pendengaran mengenai aduan sedemikian;
(b) merumuskan dan mengadakan mekanisme bagi mengesan, menyiasat dan mencegah salah laku oleh seseorang pegawai penguat kuasa;
(c) melindungi kepentingan orang ramai dengan mencegah dan menangani salah laku seseorang pegawai penguat kuasa;
(d) mengadakan pengauditan dan pemantauan mengenai aspek tertentu operasi dan tatacara sesuatu agensi penguatkuasaan;
(e) menggalakkan kesedaran tentang, penarnbahbaikan mengenai, dan pendidikan berhubung dengan, integriti di dalam sesuatu agensi penguatkuasaan dan mengurangkan salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa;
(f) membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan, atau mengesyorkan langkah pentadbiran kepada Kerajaan atau sesuatu agensi penguatkuasaan, demi menggalakkan integriti dan menghapuskan salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa;
(g) mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran tatacara penguatkuasaan dan membuat apa-apa syor yang perlu berhubung dengannya; dan
(h) membuat lawatan ke premis sesuatu agensi penguatkuasaan, termasuk melawat balai polis dan lokap mengikut tatacara di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan membuat apa-apa syor yang perlu yang berhubungan dengannya.

Di bawah subseksyen 1(3) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700], Akta ini adalah terpakai bagi aduan yang dibuat atau dirujukkan kepada Suruhanjaya berkenaan SALAH LAKU YANG BERLAKU PADA ATAU SELEPAS PERMULAAN KUAT KUASA AKTA INI IAITU PADA 1 APRIL 2011.

Di bawah subseksyen 1(4) Akta 700, Akta ini hendaklah terpakai kepada 21 agensi penguatkuasaan seperti yang ditetapkan dalam Jadual Akta 700.

Bidang kuasa Suruhanjaya dalam melaksanakan fungsi-fungsinya adalah sebagaimana termaktub dalam Akta 700 antara lainnya seperti yang berikut:

Bil Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700]
(a) menerima dan menyiasat apa-apa aduan salah laku yang diterima daripada orang ramai [seksyen 22 Akta 700];
(b) merujukkan apa-apa aduan bersifat tatatertib kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan atau merujukkan apa-apa aduan bersifat jenayah kepada Pendakwa Raya [seksyen 22 Akta 700];
(c) menjalankan penyiasatan awal bagi menentukan klasifikasi aduan salah laku yang diterima [seksyen 25 Akta 700];
(d) menjalankan penyiasatan penuh terhadap aduan salah laku yang bermerit bagi menentusahkan kewujudan salah laku tersebut [seksyen 31 dan 32 Akta 700];
(e) menubuhkan Pasukan Petugas bagi tujuan siasatan dan membantu Suruhanjaya melaksanakan fungsinya yang lain [seksyen 17 Akta 700];
(f) memulakan penyiasatan atas inisiatif sendiri bagi apa-apa salah laku pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan yang mempunyai kepentingan yang signifikan kepada orang ramai atau demi kepentingan awam [seksyen 28 Akta 700];
(g) mengadakan pendengaran awam secara terbuka atau tertutup kepada orang awam bagi isu-isu yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Suruhanjaya [seksyen 34 dan 35 Akta 700]; dan
(h) mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang enggan memberikan kerjasama terhadap siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya [seksyen 31, 32 dan 33 Akta 700].