EAIC teliti penahanan Siti Kasim

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan meneliti penahanan peguam dan aktivis Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim untuk menentukan sama ada polis telah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) apabila melaksanakan penahanan itu. Dalam satu kenyataan, Pengerusi EAIC Datuk A. Aziz A. Rahim berkata agensi itu memandang serius dakwaan mengenai ketidakpatuhan dan penyalahgunaan kuasa oleh polis apabila menahan Siti Kasim. "EAIC akan meneliti perkara itu... sama ada benar dakwaan mengenai ketidakpatuhan polis dalam menjalankan tugas dan fungsi mereka. "Ini selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 28 Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) yang menyebut Suruhanjaya boleh memulakan penyiasatannya sendiri jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa perkara itu mempunyai kepentingan yang signifikan kepada orang ramai atau bahawa adalah demi kepentingan awam," kata beliau.

Siti Kasim ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 12.40 tengah malam Sabtu kerana dikatakan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas berikutan laporan polis yang dibuat oleh seorang peguam yang mendakwa peguam itu telah menculik anak perempuannya yang berusia 24 tahun pada Khamis. Dia didakwa telah menculik perempuan itu, yang juga anak guamnya, ketika menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang dan kemudian diselamatkan oleh polis di sebuah unit kondominium di Segambut pada malam Sabtu. Bagaimanapun, polis membebaskan Siti Kasim selepas Mahkamah Majistret menolak permohonan bagi perintah reman. -- Bernama

Sumber : Astro Awani

Polis cuba tutup sebab kematian Balu Dharmendran

Balu N Dharmendran, Marry Mariay Susay, 30, mendakwa polis cuba menutup sebab sebanr kematian suaminya yang merupakan mangsa kematian dalam tahanan.

Marry memberi keterangan percubaan menutup sebab kematian suaminya dilakukan dalam beberapa cara, contohnya ketika dia datang ke bilik autopsi Hospital Kuala Lumpur tempat mendiang suaminya dibedah siasat.

“Pada mulanya, mereka (dua pegawai polis di luar bilik autopsi) kata dia mati sakit jantung.

“Bila saya ke Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), saya dengar beberapa perkara berkenaan entri dalam sebuah buku log.

“Siasatan EAIC mendapati entri berkenaan adalah palsu,” katanya kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui penterjemah hari ini.

Marry juga memberi keterangan berkenaan sebuah laporan berita yang memetik pihak polis yang mengatakan Dhamendran mati kerana kesukaran bernafas sebagai tidak benar, memandangkan ketika itu laporan bedah siasat belum dikeluarkan.

Marry memberi keterangan untuk kes saman terhadap 11 defendan atas dakwaan, antara lain menyerang, kecuaian, memenjarakan dengan salah, dan konspirasi antara defendan.

Dharmendran ditahan pada 11 Mei 2013 dan mati 10 hari kemudian pada 21 Mei di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur.

source :-  malaysia kini

KUALA LUMPUR: Not all of the 1.5 million Bangladeshi workers set to leave their countries to work overseas are headed for Malaysia, Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said today.

Ahmad Zahid, who is also Home Minister, said the figure of 1.5 million is a reference previously made by him to the number of Bangladeshis who had registered with their government to work overseas, not only in Malaysia.

"I would like to stress that the intake of Bangladeshis to Malaysia will depend on the need of employers when applications are made.

"There is no company or agent appointed to bring any Bangladeshi to the country," he said.

Zahid added that close monitoring through biometric and national security systems of arriving foreign workers is in force at every entry point to the country.

Zahid said this in reply to a question from Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) on the status of the E-card programme; and a request for detailed information on the companies appointed to bring in 1.5 million Bangladeshi workers into the country, including information on company heads and shareholders.

Keywords: Bangladeshi workers, Deputy Prime Minister, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Home Minister, overseas, Malaysia, agent, monitoring, biometric system, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, E-card programme

Resource :New Straits Times

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.