Apakah yang dimaksudkan dengan SALAH LAKU pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan? Menurut subseksyen 24(1) Akta 700, Suruhanjaya boleh menerima atau dirujukkan bagi aduan-aduan yang berikut-
(a) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis;
(b) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang, pada pendapat Suruhanjaya, adalah tidak munasabah, tidak adil, menindas atau berdiskriminasi secara tidak wajar;
(c) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang, pada pendapat Suruhanjaya, dilakukan atas motif yang tidak wajar, alasan yang tidak berkaitan atau pertimbangan yang tidak berkaitan;
(d) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang berdasarkan kesilapan undang-undang atau fakta;
(e) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang alasan patut diberikan tetapi tidak diberikan;
(f) kegagalan pegawai penguat kuasa untuk mengikuti kaedah-kaedah dan tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang atau oleh pihak berkuasa yang berkenaan; dan
(g) perlakuan apa-apa kesalahan jenayah oleh pegawai penguat kuasa.
Bil | Contoh Salah Laku Yang Diadukan Kepada Suruhanjaya |
1 | Pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan gagal untuk menjalankan tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya di bawah bidang kuasanya. |
2 | Pegawai penguat kuasa gagal menjalankan tindakan ke atas aduan yang dibuat oleh orang awam kepada agensi penguatkuasaan tersebut. |
3 | Pegawai penguat kuasa gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkaitan dalam melaksanakan tugas. |