KUALA LUMPUR (Bernama) -- Dalam suasana malam hitam pekat, Supt Niran Tan Kran yang masih mud a bersama tiga pegawai penguatkuasa kastam yang lain menyerbu sebuah bot sarat dengan muatan rokok seludup di sebuah tempat mendarat berhampiran Port Dickson. Bagaimanapun, sebaik sahaja penyeludup menyedari kehadiran pegawai penguatkuasa di atas bot itu, seorang daripadanya menghidupkan enjin dan memandu laju bot ke tengah laut. Niran, yang mengetuai serbuan itu hilang imbangan sejurus bot tersebut dipandu laju tetapi sempat berpaut kepada sebatang tiang dan selepas beberapa ratus meter, mencapai pistoln ya seraya melepaskan beberapa das tembakan amaran. Meskipun kedua - dua penyeludup yang tidak dikenali itu terjun ke laut dan dapat melepaskan diri, tindaka n berani Niran berjaya menyekat penyeludupan rokok bernilai lebih RM400,000. Itu antara kisah menari k Niran sebagai pegawai penguatkuasa kastam. Beliau turut berkongsi satu lagi kisah yang tidak dapat dilupakannya iaitu pertembungan dengan saudara lelaki penjenayah Malaysia yang kejam, Botak Chin. Lelaki itu mengendalikan sebuah pab tanpa lesen dan menj ual arak tanpa permit kastam. "Orang - orangnya datang bersemuka tetapi saya arahkan pegawai - pegawai saya merampas semua botol arak dan mereka perlu melunaskan semua cukai yang perlu dibayar kepada kastam," katanya. Kedua - dua kisah ini adalah sebahagian da ripada perjalanan hidup Niran yang baru - baru ini dilantik sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Kulim, Kedah. Bidang perundangan ternyata sudah sebati dalam jiwa beliau. MENGENALI UNDANG - UNDANG "Memandangkan tugas saya berkait - rapat dengan bidang perundangan , ini mendorong saya untuk mempelajarinya", kata Niran selepas diterima sebagai peguam pada satu majlis yang sudah lama dinanti - nantikannya di Kuala Lumpur baru - baru ini. Kejayaan Niran, anak kelahiran Baling ini sudah tentunya menjadi kebanggaan komuniti kecil Siamnya di daerah ini. Setakat ini, belum ada dalam masyarakat itu yang mencapai kecemerlangan seperti Niran yang memulakan kariernya sebagai penjawat awam, pegawai penguatkuasa dan kini bergelar majistret. Niran, 57, memberitahu Bernama dalam satu wawancara, selepas memperoleh ijazah sains kemasyarakatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau bertugas sebagai penjawat awam dan perlantikan pertamanya di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1982. "Saya masih ingat pernah melalui pejabat Tan Sri ( ketika itu) Musa Hitam yang pada masa itu timbalan Perdana Menteri sebelum ditukarkan ke Jabatan Kastam," kata Niran. Di Jabatan Kastam Niran mula mengenali bidang undang - undang dan penguatkuasaan. Beliau turut mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi termasuk rakyat Amerika pertama ditangkap kerana kesalahan mengedar dadah pada tahun 1989. Tertuduh, Kerry Lane Wiley, seorang pensyarah komputer ditangkap dengan 477gm ganja (cannabis) di rumahnya di Bukit Damansara. Kes itu mendapat liputan meluas di Amerika dan media tempatan. Wiley terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi meminda tuduhan daripada mengedar kepada memiliki ganja dan beliau dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan 10 sebatan rotan. MINAT MENDALAM Niran sememangnya meminati bidang undang - undang, malahan kakaknya yang tua, Srisopha Koammapat juga lulusan undang - undang dan pada masa ini bekerja dengan sebuah firma guaman di Kuala Lumpur. "Saya seronok kakak saya ambil undang - undang da n bagi saya, semua orang perlu mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang undang - undang. "Sama ada anda seorang ahli politik yang bagus, ahli perniagaan atau cemerlang dalam apa jua bidang, mesti ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang undang - undang, " kata Niran. Beliau turut memberitahu penulis bahawa tidak ramai anak muda dari masyarakat Siam di tempatnya yang berminat untuk mempelajari bidang undang - undang. Menurut Niran, pengetahuan undang - undang akan memberi kelebihan untuk siswazah muda kerana undang - undang bukan sahaja terhad kegunaannya dalam kamar mahkamah. Buat masa kini, Niran belum bercadang untuk bersara dan akan terus meningkatkan ilmu pengetahuannya dalam bidang undang - undang. Beliau turut merancang membuka firma guamannya sendiri selepas bersara dari perkhidmatan kehakiman dalam tempoh tiga tahun ini. Sumber : BERNAMA
Kisah Kehidupan Pegawai Undang - undang, Niran Tan Kran
- Butiran
- 641