PUTRAJAYA 10 Jun - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membatalkan serta - merta lesen 'bunkering' iaitu penyaluran minyak ke kapal serta lesen borong petrol dan diesel di jeti - jeti perse ndirian dalam usaha berterusan mengekang aktiviti penyelewengan petrol dan diesel khususnya yang beroperasi di jeti - jeti berkenaan. Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, sehubungan itu lebih 100 jeti persendirian yang beroperasi di seluruh negara ak an diambil alih oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Katanya, kementerian juga akan menggantung lesen stesen minyak yang didapati terlibat dalam penyelewengan bahan api itu. "Syarikat minyak pula akan mengambil alih sementara operasi stesen minyak yang digantung lesen sehingga siasatan selesai untuk memastikan bekalan tidak terjejas di kawasan tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan khas bersama wa kil - wakil agensi kerajaan dan syarikat - syarikat minyak mengenai isu penyelewengan bahan petroleum bersubsidi di sini hari ini. Yang hadir sama Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alias Ahmad. Langkah itu merupakan tindakan terbaru diambil selepas se malam kementerian juga mengumumkan pembekuan permohonan lesen pemborong minyak diesel dan petrol dan pembukaan stesen minyak baharu semua jenama dibekukan selama enam bulan. Utusan Malaysia dalam laporan khas baru - baru ini melaporkan kegagalan pihak berku asa memeriksa lesen `bunkering' atau lesen perjanjian PDA menyebabkan pemborong berjaya melakukan kegiatan haram tersebut sehingga menyebabkan kerajaan rugi berjuta - juta ringgit. Difahamkan sebanyak 148 jeti persendirian beroperasi secara haram yang menja lankan aktiviti `bunkering' wujud di seluruh negara manakala jeti sah yang diberikan lesen `bunkering' dan di bawah seliaan Kastam hanya 39 buah. Rentetan pendedahan isu itu, Alias semalam berkata, permohonan lesen pemborong minyak diesel dan petrol dan p embukaan stesen minyak baharu semua jenama dibekukan selama enam bulan mulai hari ini sehingga Disember ini. Menurut Hasan, keputusan tersebut diambil hasil pemerhatian menerusi Ops Titik sejak bulan lalu yang mendapati bekalan petrol dan diesel yang disel udup melalui kapal besar, diperoleh daripada pemborong berlesen yang beroperasi melalui jeti persendirian. "Tindakan baharu yang diambil ini diharap dapat mengekang punca aktiviti penyelewengan bahan petrol dan diesel daripada terus berlaku sehingga menga kibatkan kerugian berjuta - juta ringgit kepada negara," katanya. Selain itu beliau memberitahu, bagi meningkatkan lagi pencegahan terhadap kegiatan penyelewengan, kementerian akan meminda Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk mengenakan hukuman lebih berat terha dap mereka yang terlibat dalam penyelewengan bahan api bersubsidi. "Kami berpendapat penalti RM100,000 untuk kesalahan pertama adalah terlalu kecil. Selain itu, soal rampasan, membekukan akaun antara perkara yang akan dipinda di bawah akta ini. Saya sudah mengarahkan pihak berkaitan dengan undang - undang termasuk Peguam Negara melihat semula akta ini supaya boleh dikuatkuasakan," katanya. Mengenai Ops Titik jelasnya, operasi yang dilancarkan pada 15 Mei lalu berjaya menangani isu kehabisan stok di stesen m inyak di seluruh negara dengan ketara. Sehingga Ahad lalu katanya, sebanyak 124 kes bersabit dengan penyelewengan bahan api bersubsidi berjaya ditumpaskan dengan jumlah sitaan RM5.39 juta. "Sebelum Ops Titik dilaksanakan, penggunaan diesel mencecah sehin gga 807,514,490 liter pada bulan April lalu sehingga menyebabkan bekalan habis,'' ujarnya. Namun katanya, selepas 15 hari operasi itu dilaksanakan, jumlah penggunaan diesel kembali normal dan menurun kepada 788,009,030 liter pada bulan lalu. Sumber : Utusan

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.