SECARA tiba - tiba isu penyelewengan diesel menjadi begitu hangat kebelakangan ini walaupun ia bukan perkara baharu. Lebih mengejutkan melalui operasi besar - besaran yang dilancarkan di seluruh negara sejak 15 Mei lalu bagi membanteras penyelewengan diesel bersubsidi hanya men dedahkan pelbagai kepincangan agensi penguat kuasa yang sepatutnya bertanggungjawab menghalang kegiatan haram itu. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut wartawan Mingguan Malaysia, AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI telah mewawancara Pengarah Penguat Kuasa Kemente rian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), MOHD. ROSLAN MAHAYUDIN bagi mendapatkan penjelasan sebenar. "Dalam memerangi penyangak diesel ini, orang pertama saya hendak 'tendang' ialah pegawai KPDNKK yang menyeleweng. Kalau ada pegaw ai saya yang menyeleweng, mereka ini umpama duri dalam daging dan sangat berbahaya. Kalau ada orang seperti ini, susah kita hendak buat kerja," katanya tanpa berselindung. MINGGUAN: Bagaimana tahap keseriusan isu penyelewengan petrol dan diesel bersubsidi melibatkan sindiket di negara ini? Penyelewengan ini dikatakan sudah ke tahap serius terutama melibatkan penjawat awam? ROSLAN: Penyelewengan petrol dan diesel bersubsidi di negara ini agak merisaukan kerana maklumat yang diterima menunjukkan kegiatan penyelewengan ini masih berleluasa. Ia dilakukan dalam dua kaedah iaitu secara bersindiket oleh beberapa kumpulan tertentu dan secara persendirian oleh penduduk tempatan terut amanya di kawasan sempadan negara. Berhubung dengan penglibatan penjawat awam, saya tidak menolak kemungkinan wujudnya keadaan tersebut tetapi ia tidaklah begitu serius sehingga menjadi penyebab kepada situasi sekarang. Perbezaan harga domestik dan industri yang besar telah memberi margin keuntungan yang tinggi kepada sindiket sehingga mereka sanggup berdepan dengan tindakan undang - undang yang keras sama ada daripada KPDNKK mahupun daripada agensi penguatkuasaan yang lain. KPDNKK begitu serius menangani i su penyeludupan minyak dengan mengisytiharkan perang melalui Ops Titik. Namun, bagaimana untuk melaksanakan operasi ini tanpa sebarang kebocoran maklumat atau rahsia tidak pecah kepada pihak lain? ROSLAN: Sebagai sebuah agensi penguatkuasaan, kita sedar k ebocoran maklumat boleh berlaku. Kebocoran maklumat ini perkara biasa dalam setiap tindakan operasi yang dilaksanakan. Ia boleh berlaku dari dalam iaitu mungkin daripada pegawai sendiri, persekitaran dan informer (penyalur maklumat). Kadang - kadang informer ini hendak 'makan' dua tiga belah pihak. Jadi, kami sentiasa berjaga - jaga. Perkara ini perlu diuruskan dengan betul, Di KPDNKK, maklumat operasi diurus dengan kawalan yang ketat. Ketika buat serbuan terhadap penjualan video cakera padat (VCD) dan video ca kera digital (DVD) sebelum ini, kita terpaksa berhadapan dengan tonto. Kita sudah hadapi semua ini dan kita memang mengatur strategi untuk memperbetulkan keadaan ini. Pada masa yang sama, kita menggunakan pelbagai taktik dan strategi untuk memastikan keja yaan sesuatu operasi. Antaranya, kalau kita kenal pasti ada pegawai yang kita sangsi, kita akan ketepikan mereka dahulu. Kita gunakan pegawai lain. Malah, dalam keadaan memerlukan, kita melakukan operasi cross - border yang melibatkan pegawai - pegawai yang be rbeza dan dari luar kawasan. Misalnya, kalau operasi di Melaka, kita gunakan pasukan dari ibu pejabat di Putrajaya tanpa pengetahuan pegawai di Melaka. Kami sudah amalkan strategi ini. Isu kepincangan agensi penguat kuasa antara perkara yang mendapat perh atian kerana dikaitkan secara terus dalam hal ini. Malah, peralatan yang disita oleh KPDNKK ditemui semula di Port Dickson, Negeri Sembilan baru - baru ini. Apa komen tuan? ROSLAN: Memang betul semasa KPDNKK membuat serbuan di sebuah setor haram di Lukut ba ru - baru ini, kita menjumpai sebuah skid tank (tangki minyak) yang mempunyai kesan sticker (pelekat) KPDNKK. Namun, itu tidak bermakna skid tank tersebut adalah barang kes. Saya telah membuat semakan berhubung perkara ini dan tidak ada mana - mana cawangan ya ng melaporkan kejadian kehilangan skid tank dalam setor KPDNKK. Saya percaya skid tank tersebut bukan barang kes. Kesan sticker yang dilihat pada skid tank tersebut merupakan tanda yang biasa dibuat oleh pegawai serbuan dalam kes terdahulu sebelum minyak y ang terdapat di dalamnya disita. Saya rasa tidak timbul sebarang isu kerana kami menampal sticker pada barang - barang yang kami tahan. Biasanya, kita akan sita tangki dengan pelekat itu sementara mencari pembeli untuk minyak diesel di dalam tangki itu. Ini mengambil masa kerana perlu ikut proses kewangan. Kalau ada pembeli, kita akan jual minyak itu kepada pembeli mengikut peraturan - peraturan yang selepas itu, kita pulangkan tangki itu kepada pemiliknya. Mungkin, ada kesan sticker kerana kesilapan pegawai K PDNKK yang tidak cabut sticker dengan bersih tetapi kadang - kadang orang ramai beranggapan lain. Saya sebut senario lain supaya orang mudah faham. Misalnya, kita tahan lori pagi ini tetapi esok sudah lepas. Orang yang tengok keadaan ini akan kata kita berbahaya. Kalau ada orang seperti ini, susah kita hendak buat kerja. Ada pegawai yang jujur tetapi ada yang menyeleweng pula demi kepentingan dan memenuhi kantung sendiri. Saya amat tidak berkenan dengan sikap begini. Sebagai individu yang mengetuai Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, adakah tuan turut disiasat oleh SPRM dalam kes ini? ROSLAN: Alhamdulillah, setahu saya setakat ini tidak ada. Tidak tahulah kalau di pihak jabatan berkenaan. Apa yang penting, k ita kerja dengan ikhlas dan tahu apa yang kita buat. Kita perlu jauhkan diri daripada penyangak - penyangak yang cuba rapat dengan kita. Saya juga percaya dengan integriti pegawai - pegawai saya. Dari semasa ke semasa, apabila berpeluang berjumpa pegawai dalam mesyuarat atau perhimpunan mingguan dan bulanan, saya selalu menerapkan elemen integriti kepada mereka. Saya baru balik dari Kangar (Perlis) pada Khamis dan Langkawi (Kedah) pada Jumaat lalu, semasa bertemu pegawai di sana, saya tekankan isu integriti sup aya mereka komited dengan kerja. Saya ingatkan mereka bahawa kerja ini terdedah kepada tawaran rasuah. Kalau kita tidak berhati - hati, diri kita mudah masuk penjara. Saya minta mereka berhati - hati dan jauhkan diri daripada terlibat dalam perkara ini. Yang penting, elak terima ajakan daripada orang yang berurusan dengan kita seperti pergi minum atau terima hadiah daripada mereka. Apa yang kami buat ialah cuba tampal 'kebocoran' dalam pengagihan petrol dan diesel bersubsidi ini. Saya harap orang ramai hargai apa yang kami lakukan dan saya tidak nafikan dalam usaha ini, mungkin ada pegawai yang tidak jujur tetapi kita akan menangani perkara ini. Apakah selepas ini serbuan atau siasatan akan melibatkan kerjasama semua kumpulan penguat kuasa termasuk polis dan SPRM secara kerap bagi memastikan isu ini dibanteras sepenuhnya? ROSLAN: Sejak dahulu lagi, kita sudah bekerjasama dengan polis dan SPRM serta agensi - agensi penguatkuasaan yang lain dalam sesuatu operasi. Bagi Ops Titik ini juga, ia digerakkan secara berse padu melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan iaitu Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, SPRM, Kementerian Dalam Negeri (Unit Pencegah Penyeludupan), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Persetujuan ini dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Membanteras Penyelewengan Bahan Petroleum Bersubsidi Bil. 1/2014. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggu naan, Datuk Seri Hasan Malek telah mengisytiharkan perang ke atas penjenayah bahan petroleum bersubsidi ini dan saya selaku Pengarah Penguat Kuasa di KPDNKK bersama - sama agensi penguatkuasaan lain akan jalankan operasi ini secara berterusan sehingga jenaya h keji yang merugikan wang negara ini dapat dibanteras secara habis - habisan. Pada pandangan tuan, apakah punca kepada masalah penyelewengan diesel bersubsidi ini dan cadangan bagi membendung perkara ini daripada terus berlaku? ROSLAN: Sistem pemberian su bsidi sekarang terbuka kepada sesiapa. Kalau kita tengok, harga diesel subsidi untuk nelayan ialah RM1.45 seliter, di stesen minyak petrol RM2.10 seliter dan diesel RM2 seliter manakala harganya bagi industri boleh cecah RM3 seliter manakala harga di luar seperti di Thailand mencecah RM4 seliter. Sistem pengagihan petrol dan diesel subsidi sekarang longgar serta terbuka kepada semua. Kalau kita tidak ada sistem untuk mengawal subsidi ini, ia akan terdedah kepada kebocoran mudah. Ia umpama kita bawa barang m ahal yang tidak ditutup dan sesiapa sahaja boleh curi. Cuba fikir, ada dua jenis diesel yang keluar dari depot iaitu yang bersubsidi pada harga murah untuk kegunaan nelayan dan stesen minyak serta tidak bersubsidi untuk industri. Dari pandangan pengguna ma cam kita, diesel ini sama sahaja dari segi kualiti tetapi yang menyebabkan perbezaan harga ialah cukai yang dibayar ketika keluar dari depot. Kalau diesel bersubsidi untuk nelayan dan stesen minyak ini pergi ke industri siapa yang tahu? Adakah kita hendak tempatkan semua pegawai kita di semua stesen minyak? Ada lebih 3,600 buah stesen minyak di seluruh negara. Itu belum cakap jeti, pelabuhan dan sempadan. Di sempadan, mereka seludup melalui motosikal dan kereta yang diubah suai tangkinya. Ada lori tangki y ang kononnya hendak diesel bersubsdi ke jeti milik Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) tetapi melencong ke destinasi lain seperti kilang. Ada yang sampai ke jeti dan bubuh diesel ke dalam bot nelayan tetapi dimasukkan semula ke dalam tangki lain di situ. Begit u juga dengan stesen minyak, kononnya tempah minyak tetapi dihantar ke kilang. Sekiranya kerajaan ingin menstruktur semula sistem. pengagihan minyak bersubsidi ini, saya amat alu - alukan. Sumber : Utusan
Tendang pegawai seleweng
- Butiran
- 657