SABAN tahun akan diadakan sambutan Majlis Hari Pekerja Penjawat Awam dan kali in i Kedah terpilih seba gai tuan rumah acara berkenaan. Majlis yang diadakan di Dewan Wawasan, Jitra itu adalah anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Kongres Kesatuan Pekerja - Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). Walaupun acara rutin, majlis sedemikian cukup penting sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada anggota sektor awam yang telah memberi khidmat bakti bagi menjaya kan program pembangunan negara. Ia juga sebagai tanda terima kasih kepada kakitangan kerajaan yang bertungkus lumus menjayakan program transformasi perkhidmatan awam seperti yang digariskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa ucapan Ba jet 2013. Antara perubahan yang dicadangkan beliau adalah penjawat awam mesti menerap kan budaya produktiviti, kreativiti dan inovasi bagi membolehkan mereka memberi perk hidmatan terbaik kepada rakyat. Amalan kerja pula mestilah cepat, tepat dan berintegriti bagi meningkatkan keyakinan rakyat terha dap prestasi perkhidmatan awam. Bagi menj ayakan transformasi perkhidmatan awam, dua agensi kerajaan iaitu JPA dan Kementerian Kewangan telah d ipilih sebagai penggerak utama. Selain itu, majlis berkenaan juga bertujuan mewujudkan hubungan murni antara pekerja dan majikan, dengan harapan kerjasama erat yang sedia terjalin akan terus kekal dan dipertingkatkan untuk kepentingan dan faedah bersama. Mengulas mengenai sambutan kali ini, Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata, tema yang dipilih adalah ‘ Penjawat Awam Tiang Seri Negara'. Beliau berkata, ia selaras dengan hakikat bahawa 1.5 juta kakitangan kerajaan merupakan nadi dan inspirasi perkhidmatan awam negara serta penentu kejayaan pelaksanaan dasar - dasar kerajaan. “ Tema ini dipilih selaras dengan peranan serta fungsi penjawat awam dalam membantu kerajaan membangunkan negara," katanya. Berikutan peranan penting penjawat awam itu, Azih berkata, pihaknya juga mengemukakan beberapa permintaan kepada Perdana Menteri d alam satu pertemuan Isnin lalu. Menurut beliau, permintaan itu sebenarnya datangnya daripada kakitangan kerajaan di peringkat akar umbi yang menerima kesan da ripada kenaika n harga barangan. “ Kita meminta dikaji semula b eberapa elaun dan insentif penjawat awam termasuk elaun tetap perumahan, elaun perkhidmatan awam dan tuntutan perjalanan yang sudah lama tidak naik walaupun kos sara hidup kian meningkat. “ Kadar hotel juga perlu dikaji. Adakah adil setiap kali buat urusan rasmi kerajaan, kami kena tanggung sendiri bayaran hotel? “ Elaun perjalanan juga masih pada kadar yang lama sedangkan harga petrol sudah naik. Jarak yang dilalui sama tapi kos yang dibayar lebih," katanya yang turut memaklumkan Najib dijangka akan mengha diri majlis sambutan hari ini. Menurut Azih, permintaan lain adalah supaya dikaji tempoh pengesahan seseorang penjawat awam yang terlalu lama iaitu antara s atu hingga tiga tahun sekarang. “ Selagi tidak dapat pengesahan, mereka tidak boleh beli rumah dan tidak boleh pinjam bank. Akhirnya mereka pinjam ah long. Oleh itu masa pengesahan jawatan patut dipendekkan kepada sa tu hingga enam bulan," ujarnya. Katanya, Cuepacs turut mencadangkan supaya ditukar status kuarters kerajaan sebelum merdeka menjadi rumah sewa kerajaan dan dikenakan sewa pada kadar RM124 sebulan. “ Jika kuarters ini jadi rumah sewa, maka baki elaun perumahan setelah tolak sewa perlu dipulangkan kepada penjawat awam. Contohnya, kalau elaun perumahan RM180, sudah tolak sewa RM124 akan ada lag i baki RM56," jelasnya. Beliau berkata, Cuepacs juga tidak bersetuju dengan tindakan memperkecilkan perkhidmatan awam yang dilaksanakan ketika ini kerana ia memberi kekangan hebat kepada jabatan untuk melaksanakan das ar - dasar yang telah ditetapkan. “ Kita turut meminta kerajaan mengubah pengiraan ganjaran persaraan daripada 7.5 peratus kepada 10.5 peratus, selain jumlah pencen dinaikkan daripada 60 perat us kepada 70 peratus," ujarnya. Walaupun kita masih menunggu apakah pengumuman menggembirakan daripada kerajaan sempena Hari Pekerja 2014, satu hakikat yang harus diakui bahawa banyak transformasi perkhidmatan awam yang telah berjaya dilaksanakan berikutan sokongan tidak berbelah bahagi dari pada semua kakitangan keraja an. Oleh itu, sudah sampai masanya segala penat lelah p enjawat awam terbabit dihargai. Antara transformasi yang dapat dilihat adalah berlakunya peningkatan terhadap kompetensi, prestasi, produktiviti dan daya inovasi penja wat awam. Ini berikutan langkah menempatkan semula seramai 171 pegawai JPA yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun sebagai duta kecil di agensi pelaksana sekali gus menjadikan merek a sebagai contoh untuk diikuti. Kerenah birokrasi juga telah berjaya diku rangkan dengan pengenalan aplikasi telefon mudah alih mySMS dan myUSSD bagi memastikan segala urusan dengan rakyat dapat dijalankan dengan pantas. Bagi individu yang memohon jawatan dalam perkhidmatan awam, mereka hanya perlu menunggu 30 hari untuk mendap at jawapan b erbanding 120 hari sebelum ini. Sebagai usaha merakyatkan perkhidmatan, penjawat awam tidak lagi hanya berada dalam pejabat malah turut turun padang memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Pahan g dan Terengganu baru - baru ini. Penubuhan Uni t Integriti di lapan kementerian dan pembangunan empat modul yang melibatkan patriotisme, etos, integriti dan nilai murni yang diterapkan dalam kursus Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) akan melahirkan penjawat awam yang cintakan negara, berbudi pekerti dan beretika tinggi. Walaupun transformasi perkhidmatan awam bukanlah perkara mudah untuk dilaksanakan tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil jika dilihat kepada pencapaian setakat ini. Kepada semua penjawat awam, kita mengucapkan terima kasih dan sel amat menyambut Hari Pekerja 2014. Sumber : Utusan

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Blok Menara
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am TALIAN AM+603-8880 5650

faks FAKS+603-8880 5646

emel E-MEL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.