KALUT mengenai isu diesel bersubsidi. Dalam kekalutan ini masih ada la gi yang berani mencuri minyak itu untuk diseludup ke negara - negara di sempadan. Di utara, ia diseludup ke Thailand. Di Pantai Timur ia dijual di tengah - tengah laut kepada kapal nelayan Thailand dan Vietnam. Di selatan, ia dijual dalam kuantiti yang lebih besar dari kapal ke kapal untuk dihantar ke Singapura. Di Sabah dan Sarawak pun ada kegiatan masing - masing. Pendek kata diesel subsidi ini perniagaan yang lumayan. Ia berlaku kerana adanya kelompongan. Kelompongan oleh pihak berkuasakah? Jika semua siste m berjalan lancar dan tiada yang lakukan 'kutipan' maka tiadalah kelompongan. Perlu diingat di atas darat dan di laut, agensi - agensi penguatkuasaan kita bergerak selama 24 jam. Itulah amanah yang dibayar kepada mereka oleh wang pembayar cukai. Jika pesawat yang tidak dikenali melintas ruang udara kita pun, sepatutnya pesawat itu akan dikejar atau di'scrambled', kerana perajurit kita sepatutnya berwaspada 24 jam. Seperti juga gejala rasuah. Yang kena tangkap selalunya yang menerima. Yang memberi rasuah jarang - jarang kita dengar didakwa. Begitu juga dengan isu diesel ini. Sudah tentu ada taukeh - taukeh besar yang terlibat. Yang kena tangkap ialah pemandu - pemandu kereta buruk yang diubah suai dengan banyak tangki. Saya tonton Buletin Utama TV3 mal am kelmarin. Sebuah kereta ditahan di Bukit Kayu Hitam, Changlun, Kedah, oleh pe-nguat kuasa KPDNKK. Kementerian sebenarnya mempunyai bidang tugas yang cukup besar. Saya tidak pasti apakah berkesan perkhidmatannya selama ini? Jika berkesan sudah tentu tida k berlaku seperti apa yang berlaku sekarang? Dalam visual warta berita itu, jelas kelihatan kereta itu ditahan di tepi pam mi-nyak diesel dalam sebuah stesen minyak. Jadi maknanya pengedar minyak itu atau si culprit ialah stesen minyak berkenaan. Yang sa ya tahu stesen minyak itu sudah bertapak di situ bertahun - tahun lamanya. Peliknya, pemilik stesen itu masih boleh beroperasi dengan mengaut keuntungan (halal dan haram), tanpa rasa khuatir dan takut. Saya kurang arif, apakah pemilik ste-sen minyak itu dan pemilik - pemilik ste-sen minyak yang lain - yang menjual mi-nyak dalam satu jumlah yang besar - tidak sedar? Saya difahamkan stesen - stesen minyak ini di bawah kawal selia KPDNKK? Betulkah? Logikkah jika kereta Toyota Corolla ber-enjin petrol, diisi dengan minyak diesel? Itu baharu satu kes yang kita lihat dalam TV. Banyak lagi. Letihlah jika nak ulas lagi. Terlalu ba-nyak kelompongannya. Saya difahamkan penjualan diesel subsidi akan dikaji semula. Baguslah. Jangan nanti pelaksanaan hasil kajian semula it u pun masih ada kelompongan sana - sini. Letihlah... PATI dan Imigresen ISU pendatang asing tanpa izin atau singkatan disebut PATI turut memeningkan. Jika kita lihat di sekeliling kita, maka akan terlihatlah orang asing merata - rata. Orang Kedah kata bercam bah - cambah. Kita sedar mereka ini membantu menjana ekonomi negara. Namun, kedatangan mereka ke negara kita ini haruslah secara halal bukan haram. Saban hari media menyiarkan penguat kuasa serbu PATI sana - sini. Tak habis - habis dari dulu sampai sekarang. Pelacur dan GRO yang ditahan jelas tiada permit kerja. Mereka masuk dengan pas lawatan, tetapi bekerja di pusat persundalan. Di kongsi - kongsi pembinaan pula, rata - rata pekerja tiada permit yang sah. Majikan yang menggaji mereka tidak takut langsungkah? Saya cukup hairan apabila serbuan dilakukan yang diangkut ke pusat - pusat tahanan adalah PATI - PATI itu, bagaimana pula majikan - majikan yang menggaji mereka? Bukankah mereka itu yang menjadi dalangnya? Di pasar - pasar basah dan pasar - pasar malam, pendatang as ing sudah menjadi penjual. Bolehkah mereka menjadi peniaga? Saya cukup bingunglah. Saya faham, tugas Jabatan Imigresen cukup sibuk. Ia ialah agensi Kerajaan Persekutuan yang keempat terbanyak menyelesaikan sesuatu kes di bawah tanggungjawabnya selepas Jab atan Peguam Negara, SPRM dan PDRM. Adalah difikirkan sangat munasabah jika jawatan Ketua Pengarah Imigresen bukan terdiri daripada pegawai tadbir semata - mata sebaliknya diambil atau dipinjamkan dalam kalangan pegawai kanan polis. Ia pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini kepada Jabatan Penjara dan Badan Pencegah Rasuah; iaitu Datuk (kini Tan Sri) Zaman Khan menjadi Ketua Pengarah Jabatan Penjara dan Datuk Seri Zulkifli Mat Noor menjadi Ketua Pengarah BPR. Jawatan Pengarah Penguat Kuasa Imigresen juga wajar diketuai oleh seorang pegawai kanan polis (sekurang - kurangnya satu bintang), sementara jawatan ketua pegawai penguat kuasa Imigresen negeri pula wajar diambil alih oleh pegawai polis yang berpangkat penguasa. Dengan cara ini ia boleh menaikkan lagi imej Jabatan Imigresen yang selama ini sering dituduh sebagai sebuah jabatan kerajaan yang banyak terlibat dalam ra-suah berkaitan PATI dan permit kerja warga asing. Dengan cara ini rakyat akan nampak dengan jelas bahawa Kerajaan Persekutuan atau Kerajaa n BN yang diterajui oleh kepemimpinan UMNO benar - benar berusaha untuk memerangi PATI hingga ke 'lubang cacing'. Bukan cakap kosong. Dan pada masa yang sama boleh berusaha untuk menghapuskan amalan rasuah yang sering kali dibangkitkan oleh rakyat. Saya berharap hasrat menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang begitu tekun berikhtiar untuk memperkukuhkan kementeriannya akan berhasil. Amat meletihkan jika perubahan dilakukan, tetapi para pegawai tidak amanah. Maafkan saya jika cadangan ini tidak masuk akal. Teluk Intan dan Dyana Sofya PRK Parlimen Teluk Intan seharusnya menjadi iktibar kepada calon - calon yang bertanding. Bagi Dyana yang masih muda jadikanlah pertarungan itu sebagai pengalaman yang amat berharga. Anda masih mempunyai perjalanan yang jauh. Hari ini mungkin dalam DAP, esok lusa dalam UMNO pula, mana kita tahu? DAP ialah sebuah parti yang berasaskan perkauman sempit sejak penubuhannya, juga harus mengambil iktibar. Ingatlah ia bukan parti yang tidak boleh dikalahkan. Baharu menang sedikit sudah angkuh. Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming kelihatan seperti badut sarkas. Dia begitu taksub sehingga terseliuh kaki selepas cuba flying kick sebuah buku kecil yang mempromosikan calon Barisan Nasional. Perbuatannya itu ditertawakan sendiri oleh para penonton. Cepat sangat DAP ini lupa daratan. Bagai cacing naik ke mata. Isu yang dibawa oleh Dyana memakan dirinya send iri. Jangan main dengan isu perkauman murahan. Isu UiTM antaranya jelas membuatkan dia salah percaturan. Isu hudud memakan dirinya sendiri. Sungguh indah peribahasa Melayu lama: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Saya tidak past i adakah apa yang diperkatakan itu datang daripada dia sendiri atau disuap ke dalam mulutnya. Begitu juga dengan Yammy Samat, ibunya yang juga kenalan saya. Dia kelihatan terlalu yakin dan berko b ar - kobar anaknya akan menang mudah. Ingatlah sekali terbabit dalam politik, maka terimalah habuannya. Oleh itu ja-ngan disalahkan orang itu dan ini jika diri diperkatakan itu ini. Bagi BN pula, bukan senang mahu menang. Jika sudah menang turunlah kepada rakyat. Curahlah bakti anda 101 peratus. Hasil pemerhatian saya selama dua hari semasa kempen Teluk Intan, rata - rata rakyat yang menyokong mereka bukan senang, bukan kaya dan bukan mewah. Mereka mengharapkan kehidupan yang terbaik daripada wakil rakyat yang dipilih. Ingatlah daripada rakyat mereka datang, daripad a rakyat juga mereka akan diterajang. Tahniah kepada semua jentera PRK Parlimen Teluk Intan yang bertungkus - lumus dan bekerja keras. Sumber : BERNAMA
KPDNKK, Imigresen dan tahniah orang Teluk Intan!
- Details
- 580