Kehilangan beratus - ratus kertas geran pendaftaran kenderaan tulen kosong milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipercayai menjadi antara penyebab kewujudan kes „geran beranak‟ yang diambil kesempatan sindiket untuk mendaftar dan mengeluarkan geran baru kepada kenderaan curi atau seludup daripada geran asal kenderaan „total lost‟. Faktor geran yang hilang itu juga mungkin dapat menjawab persoalan bagaimana geran klon dibuat sindiket dapat melepasi prosedur ketat termasuk proses imbasan ultra ungu JPJ, lulus pemeriksaan PUSPAKOM, malah boleh ditukar nama hak milik lebih sekali. Sumber berkata, kehilangan itu berlaku beberapa kali sejak tiga tahun lalu dan JPJ sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan itu. Katanya, setiap kertas geran yang kosong akan dihantar kepada JPJ oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad dan mempu nyai nombor siri masing - masing. “Mungkin kes „geran beranak‟ yang kami dapat kesan tiga tahun kebelakangan berpunca daripada kehilangan geran tulen beberapa tahun lalu. “Kami jangka sebegitu sebab pemeriksaan terhadap geran yang meragukan kami temui dalam kes kenderaan „total lost‟ atau lupus, tetapi masih berada di jalan raya mendapati ia adalah kertas geran tulen. “Malah, ketika diimbas ultra ungu semua prosedur pengen alan keselamatan terdapat pada geran beranak itu. Semua data tertera sama dengan data geran „total lost‟, namun siasatan lanjut akhirnya dapat mengesan ada gangguan pada ruangan nombor siri,” katanya. Sumber itu berkata, kes demikian dirujuk sebagai geran t ulen tetapi diceroboh. Menurutnya, siasatan mendapati sindiket licik meminda nombor siri geran asal yang kosong sebelum memasukkan segala data geran kenderaan lupus di geran kosong itu sebelum digunakan kenderaan lain dengan identiti sama. Sumber : Harian Metro

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.