ALOR SETAR - Peniaga dan penjaja kecil yang menggunakan kemudahan Skim Pinjaman Bazar Ramadan diminta membuat bayaran semula sebelum disenarai hitam oleh institusi kewangan. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, ia perlu untuk menampung keperluan mereka pada masa akan datang terutama peniaga baru yang memerlukan modal. Beliau berkata, kebanyakan peniaga yang mendapat pinjaman itu masih culas untuk membuat bayaran semula sekaligus memberi kesan kepada mereka jika ingin mendapatkan pinjaman semula selepas ini. "Kita minta peniaga membayar segera agar pelbagai insentif atau kemudahan yang bakal disalurkan kerajaan tidak mendatangkan masalah," katanya selepas menyampaikan sumbangan pakaian sekolah anjuran Persatuan Peniaga dan Peniaga Kecil Melayu Cawangan Kota Setar, di sini, hari ini. Menurutnya, peniaga perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk memastikan pinjaman dibayar mengikut jadual agar tidak memberi kesan negatig kepada mereka kelak. "Kalau bayaran balik cantik, kita boleh meningkatkan pinjaman dariRM3,000 kepada RM5,000 seperti yang dicadangkan," katanya.   Pada Jun lalu, media melaporkan kerajaan melalui KPDNKK menyediakan RM45 juta melalui Skim Pinjaman Bazar Ramadan 2014 untuk menyediakan pinjaman kepada penjaja dan peniaga kecil yang ingin berniaga pada bulan puasa.

Sumber : Sinar Harian

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.