MELAKA - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) berusaha memperbaiki kualiti perkhidmatannya kepada masyarakat dengan menyusun empat strategi baharu termasuk memantapkan modal insan dan mengoptimumkan Pusat Khidmat Komuniti Rela  (PKKR). Ketua Pengarahnya, Lukeman Saaid berkata, selain meningkatkan integriti dan menjaga kebajikan anggota dan pegawainya, Rela akan memberi penekanan dalam usaha meningkatkan kepakaran dan kecekapan 2.9 juta anggota dan pegawainya. "Selaras dengan kenaikan taraf pusat latihan Rela Wilayah Selatan kepada Akademi Latihan Rela Malaysia, saya ingin melihat akademi ini mengeluarkan bukan sahaja anggota Rela tetapi anggota Rela bergelar graduan yang mempunyai sijil-sijil kemahiran," katanya ketika berucap pada majlis Amanat Ulung Ketua Pengarah Rela di sini hari ini. Lukeman yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Rela dilantik sebagai Ketua Pengarah Rela baharu berkuat kuasa 1 Disember lepas menggantikan Datuk Mustafa Ibrahim yang kini dilantik Ketua Pengarah Jabatan Imigresen. Beliau menyarankan akademi itu bekerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi awam bagi mencapai hasrat tersebut. Lukeman berkata, bagi meningkatkan integriti anggota dan pegawai pula, unit integriti sedia ada akan diperluaskan ke peringkat negeri, pusat latihan dan daerah selain melantik pegawai integriti bagi memantapkan keberkesanan unit berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.