TUMPAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor di sini menempatkan dua bot dan beberapa anggota di Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia-Thailand bagi mencegah kegiatan penyeludupan berikutan banjir di kawasan berkenaan. Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Mohd Nawi Yunus berkata, pihaknya membuat rondaan 24 jam sehari sejak tiga hari lepas.   "PPM sentiasa buat kawalan bagi memastikan tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan pada musim banjir ini dengan melakukan penyeludupan seperti dadah dan senjata api," katanya kepada pemberita selepas beliau bersama anggotanya memindahkan mangsa banjir di kawasan Pengkalan Kubor di sini, hari ini. Sementara itu, Mohd Nawi berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat untuk menjaga keselamatan rumah yang ditinggalkan mangsa banjir. "Kita pertingkatkan rondaan terutamanya pada waktu malam bagi mengelakkan kes pecah rumah, kecurian dan sebagainya," katanya.  Beliau turut menasihatkan penduduk supaya berpindah lebih awal sebelum banjir menjadi teruk. - Bernama

Sumber : Sinar Harian

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.