Johor Bahru: Polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat berhubung kematian seorang lelaki berusia 25 tahun ketika berada dalam tahanan untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi dalam kejadian pada 3 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, suspek sebelum itu dibawa dari Balai Polis Sungai Rengit dan mengalami sesak nafas lalu dibawa ke Klinik Bandar Penawar Kota Tinggi.

"Semasa tiba di klinik suspek disahkan sudah meninggal dunia dan bedah siasat sudah dilakukan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.

"Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut dan polis akan menyiasat dakwaan bapa si mati namun masih menunggu laporan penuh bedah siasat termasuk laporan kimia untuk melengkapkan siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Terdahulu sebuah portal berita online melaporkan mengenai seorang penganggur berusia 25 tahun mati ketika di dalam tahanan, tiga jam selepas polis menyerbu rumahnya di negeri ini untuk mencari senjata api.

Bapanya kemudian mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila tubuh si mati iaitu Syed Mohd Azlan Syed Mohamad Nur terdapat tanda lebam, termasuk tanda tusukan berlubang.

Sumber : myMetro

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.