KUALA LUMPUR -- Penambahan seramai 11,757 anggota polis untuk membanteras jenayah membuktikan kerajaan amat komited dalam mengurangkan kadar jenayah serta menjaga keselamatan rakyat dan komuniti perniagaan, kata Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar.

"Penambahan anggota polis amat dialu-dialukan. Di Malaysia, nisbah seorang anggota polis kepada 500 penduduk tetapi nisbah polis dengan penduduk yang diperakukan oleh Interpol adalah seorang polis kepada 250 penduduk.

Jika jumlah anggota polis meningkat, mesti tugasan kepolisan juga meningkat selain kadar jenayah dapat dikurangkan," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas laporan Bajet 2015 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat di Dewan Rakyat yang memperuntukkan RM9.1 bilion kepada polis termasuk penambahan anggota seramai 11,757 orang, pembinaan 14 Ibu Pejabat Polis dan Balai Polis dan penambahan 1,000 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) polis.

Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (LKPJM) Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata penambahan URB amat penting berikutan trend jenayah yang semakin berubah.

"Unit ini juga dikatakan lebih berkesan kerana penggunaan motosikal sebagai kenderaan rondaan adalah lebih fleksibel dalam mempertingkatkan usaha membanteras kejadian jenayah seperti pecah rumah," katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata inisiatif kerajaan memperuntukkan RM121 juta kepada PDRM bagi melaksanakan pelbagai program di bawah Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) adalah amat digalakkan.

"Apabila anggota polis ditambah, maka aspek integriti, disiplin dan prestasi anggota polis perlu dipertingkatkan melalui pelbagai kursus. Maka peruntukan RM121 juta itu dapat digunakan bagi menjayakan semua program dan aktiviti kepolisan," tegasnya.

Sumber : Bernama Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.