Parlimen Mahkamah Khas Perlu Untuk Percepat Selesai Kes Pemerdagangan Manusia Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR -- Sebuah mahkamah khas perlu diwujudkan secepat mungkin bagi mempercepat penyelesaian kes-kes berkaitan antipemerdagangan manusia, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara untuk menubuhkan mahkamah berkenaan bagi menambah baik usaha kerajaan membanteras pemerdagangan orang. "Kerajaan serius dan sedang melaksanakan pelbagai usaha dalam menangani jenayah ini. Memang benar pendakwaan kes pemerdagangan menjadi isu apabila sebanyak 770 orang ditangkap dan jumlah 153 yang didakwa tidak sepadan dengan tangkapan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu. Bung Mokhtar ingin tahu langkah kerajaan untuk membanteras sindiket pemerdagangan manusia serta hukuman yang diberikan agar jenayah berkenaan tidak berulang. Dalam kes pergerakan manusia secara tidak sah di Malaysia, Ahmad Zahid berkata, biarpun ada pelajar asing datang untuk belajar di Malaysia, namun mereka telah menyalah guna visa pelajar untuk melakukan jenayah. "Memang ada penyalahgunaan visa pelajar yang hanya mendaftar sebagai pelajar di kolej atau pusat bahasa. Tetapi mereka tidak belajar sebaliknya bekerja dengan sindiket tertentu. "Bagi mengatasi masalah ini, KDN giat menjalankan operasi pembanterasan dengan agensi-agensi penguatkuasaan. Mereka masuk untuk daftar sebagai pelajar di kolej atau pusat bahasa, tetapi tidak belajar. Mereka bekerja atau 'bertugas' dengan sindiket tertentu. "Oleh itu, KDN sedang menjalankan operasi pembanterasan bersama Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia," jelas beliau.

Sumber : Bernama Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.