SEMPORNA, -- Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika cuba masuk ke daerah ini dalam tiga operasi di perairan Pulau Mentabuan dan Pulau Bohey Dulang, dekat sini. Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Madun berkata dalam operasi pertama, seorang lelaki dan tiga wanita termasuk seorang kanak-kanak, berusia lingkungan satu hingga 60 tahun ditahan dalam sebuah bot pam pada 10.35 pagi Isnin, di perairan Pulau Mentabuan. Katanya, operasi kedua menyaksikan penahanan 16 lelaki berusia lingkungan 15 hingga 53 tahun, selepas bot pam yang mereka naiki ditahan pada 11.10 pagi di perairan sama. "Dalam operasi seterusnya, pasukan peronda berjaya menahan sebuah bot pam dinaiki tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 18 dan 34 tahun pada kira-kira 12 tengah hari di perairan Pulau Bohey Dulang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata pemeriksaan mendapati kesemua PATI itu berasal dari Filipina dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah serta diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Sumber : Bernama Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.