ALOR GAJAH -- Seramai 67,985 peserta memperoleh lesen memandu menerusi 168 program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (SKSJ) di seluruh negara sejak 2009.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob berkata daripada jumlah itu, seramai 2,547 orang memperolehi lesen memandu itu di Melaka.

Program itu bertujuan membantu masyarakat luar bandar khususnya warga emas berumur lebih 45 tahun dan Orang Asli berumur lebih 21 tahun memperoleh lesen untuk menjalankan aktiviti seharian.

"Program ini dapat membantu mereka daripada menanggung kos lebih tinggi untuk mengikuti prosedur pengambilan lesen memandu," katanya pada sidang berita selepas merasmikan penutupan Program SKSJ dan penyerahan lesen memandu kepada 379 peserta di Kuala Linggi di sini, Sabtu.

Yusoff berkata JPJ akan memperluaskan lagi program itu terutama di kawasan luar bandar bagi menggalakkan pemilikan lesen memandu yang sah.

Sementara itu, sebanyak 16,183 kes kemalangan direkod di Melaka tahun lepas berbanding 15,312 kes pada 2012.

"Seramai 258 kematian dicatat akibat kemalangan tahun lepas yang menurun berbanding 263 kematian pada tahun sebelumnya," katanya.

Sikap pemandu merupakan faktor utama yang menyebabkan kemalangan bertambah, kata Yusoff sambil meminta mereka memandu dengan lebih berhemah di jalan raya.

Sumber : Bernama Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.