KUALA TERENGGANU-- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menyambut baik langkah Pergerakan Pemuda Umno Negeri untuk mengadakan bengkel khusus menangani gejala rempit di negeri ini. Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata bagi mencegah gejala berkenaan, semua pihak perlu berperanan dan penguatkuasaannya tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa semata-mata. "Kita sedia bekerjasama dengan pihak terbabit untuk berkongsi idea dan pandangan untuk mengatasi gejala yang tidak sihat ini. "Gejala mat rempit ini bukanlah elemen penguatkuasaan sahaja tetapi pelbagai pihak termasuk ibu bapa, badan bukan kerajaan, persatuan belia harus memain peranan untuk mencegah dari peringkat akar umbi," katanya ketika dihubungi Bernama Ahad. Sebelum ini, dilaporkan Pergerakan Pemuda Umno Terengganu akan menganjurkan satu bengkel khusus bagi mengkaji formula dan langkah berkesan untuk menanggani gejala pelesit jalanan di negeri ini. Bengkel yang akan menghimpunkan lebih 50 orang wakil dari pelbagai pihak termasuk ketua kumpulan mat rempit itu akan dilakukan dalam masa terdekat. Menurut Abdul Rahman, inisiatif yang dilakukan ini dijangka dapat mengatasi gejala merempit dalam kalangan anak muda terutamanya pada sebelah malam sehingga menggangu pengguna jalan raya yang lain. Katanya kehadiran kumpulan besar mat rempit di beberapa lokasi panas di negeri ini bagaikan hiburan dan lazimnya aktiviti golongan itu pada hari minggu dengan pelbagai aksi merbahayakan akan dipertontonkan kepada penunggang yang lain. "Kita berharap satu persefaham dapat dicapai sekali gus dapat mengatasi masalah ini dengan segera," katanya.
 

Sumber :Bernama

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.