KUALA LUMPUR: Sebanyak 127 kemalangan maut yang mengorbankan 139 orang direkodkan di seluruh negara dalam tempoh lapan hari sejak Op Selamat 5/2014 dilancarkan pada 21 Julai lalu. Ketua Polis Trafik Persekutuan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata dalam tempoh itu juga sejumlah 10,349 kemalangan direkodkan.

“Sebanyak 117,957 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik atas pelbagai kesalahan manakala bagi kesalahan menggunakan laluan kecemasan sebanyak 1,598 saman dikeluarkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Sementara itu, mengenai makluman orang awam kepada pihak polis sebelum meninggalkan kediaman sempena Hari Raya, Mohd Fuad berkata sebanyak 19,421 makluman diterima. “Sebanyak 24,440 rondaan dilakukan untuk mengawasi rumah-rumah yang ditinggalkan sempena perayaan kali ini,” katanya. Mohd Fuad turut menegaskan agar orang ramai tidak memandu di lorong kecemasan bagi memberi laluan kepada pihak berkaitan untuk menggunakan laluan kecemasan itu. Op Selamat selama 15 hari, yang berakhir 4 Ogos ini, dilaksanakan sempena Aidilfitri, dengan tujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut, melancarkan aliran trafik dan mencegah jenayah. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.