NAJIB: SOP yang jelas diperlukan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pasukan keselamatan harus mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang jelas sebelum mereka dibenarkan untuk melepaskan tembakan kepada penceroboh di perairan Sabah. Kata Najib, ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku yang melibatkan nyawa rakyat yang tidak berdosa .

"Saya khuatir jika tidak ada pengarahan dan panduan yang jelas akan timbul sesuatu yang tidak diingini dan orang yang tidak bersalah boleh menjadi mangsa," katanya dalam satu sidang akhbar di Seri Perdana. Sehubungan itu, Najib meminta pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mengemukan SOP itu untuk diteliti kerajaan. Melihat situasi semasa di kawasan keselamatan khas pantai timur Sabah (ESSCOM), pihak berkuasa sedang meneliti langkah tambahan untuk tindakan lebih tegas. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak didapati menceroboh perairan negara. Beliau mengulas kenyataan Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz  yang mencadangkan kerajaan membenarkan pasukan keselamatan menembak pihak menceroboh perairan sabah. Ia susulan insiden serang hendap di sebuah resort di Pulau Mabul pada sabtu malam, yang mengorbankan anggota pasukan Polis Marin Koperal Ab Rajah Jamuan, manakala rakan setugasnya Konstabel Zakia Aleip, dilarikan. Walau bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah menolak cadangan itu dengan berkata Malaysia bukan negara ketenteraan.
Sumber : Astro Awani

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.