MARAKAH  -- Isu keselamatan di perairan Sabah harus ditangani menurut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi mengelakkan pihak tidak bersalah menjadi mangsa, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata SOP yang membolehkan langkah ekstrem diambil sudah ada namun "ada prosedur yang mesti anda patuhi". "Maksud saya undang-undang sedia ada mencukupi untuk kita mengambil langkah segera yang belum kita teroka sepenuhnya, seperti menaiki kapal (yang mencurigakan), menahan (penceroboh)," katanya kepada pemberita pada Selasa semasa melawat Kem Marakah, ibu pejabat pasukan Malbatt 850-1, kontinjen Malaysia yang bertugas di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan. Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dilapor meminta kerajaan membenarkan pasukan keselamatan 'shoot on sight' (tembak apabila nampak), susulan kejadian serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Mabul, Sabtu lepas, yang mengorbankan seorang anggota polis marin dan seorang lagi diculik. Hishammuddin berkata kenyataan Abdul Aziz mungkin dibuat kerana rasa kecewa dengan situasi keselamatan di kawasan terbabit. "Insiden terbaharu ini sebenarnya mencabar kesabaran kita dan mungkin sebab itu PTL (panglima tentera laut) membuat kenyataan sebegitu rupa," kata Hishammuddin. Menteri itu bagaimanapun berkata sewajarnya emosi diketepikan dalam menangani isu tersebut. Beliau seterusnya menegaskan: "Gunakan SOP sedia ada dan kuasa yang ada pada tentera sama ada untuk menahan, board the vessels (menaiki kapal), itu dah ada peruntukannya, buat sajalah." Beliau juga menegaskan akan pentingnya pihak keselamatan untuk berwaspada dan menjalankan tugas masing-masing sebaik mungkin bagi menjamin keselamatan perairan Sabah.

Sumber : Bernama

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.