KUALA LUMPUR 10 Julai - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya siri serangan udara Tentera Israel dalam Operasi Perlindungan Sempadan di Semenanjung Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 24 rakyat Palestin termasuk tujuh kanak-kanak dan mencederakan 150 yang lain.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia menuntut Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya terhadap rakyat Palestin serta menggesa semua pihak yang terlibat untuk menghentikan sebarang tindakan provokatif yang boleh meningkatkan lagi ketegangan.

"Malaysia menggesa semua pihak dapat mengelakkan kerosakan yang lebih besar serta lebih banyak kehilangan nyawa, terutama dalam kalangan penduduk awam di Semenanjung Gaza," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kelmarin, Tentera Israel terus mencemarkan kesucian bulan Ramadan apabila melancarkan serangan roket bertubi-tubi ke Gaza yang telah mengakibatkan 12 penduduk Palestin maut sementara 80 yang lain cedera.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut mengerahkan 40,000 tenteranya bersiap sedia melancarkan serangan darat ke Gaza dalam operasi digelar Operasi Perlindungan Sempadan.

Serangan melibatkan bedilan 90 roket itu disifatkan yang terburuk sejak November 2012 ketika Israel berdepan dengan tunjuk perasaan rakyat Palestin berhubung kematian seorang remaja tempatan oleh pelampau Yahudi.

Sumber : Utusan

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.