BANGI, (Bernama) -- Beberapa agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, terutama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/Persekutuan turut digerak bagi membantu memberi penerangan berkaitan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ini bagi memastikan rakyat di peringkat akar umbi, terutama di kawasan luar bandar, dapat memahami secara terperinci sistem dan kaedah pelaksanaan cukai itu.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa kementerian itu bersama anak yatim di Institut Kemajuan Desa (Infra) hari ini.

Mohd Shafie berkata melalui pelaksanaan GST, kerajaan akan memperoleh lebih pendapatan yang boleh digunakan bagi membiayai rancangan pembangunan di bandar dan luar bandar.

Beliau berkata Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), yang ditempatkan di beberapa negeri, akan turut diguna untuk tujuan sama.

Pada majlis itu, sejumlah 85 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati Khadijah, Gombak; Sekolah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda; Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar dan warga Infra menerima sumbangan hasil kutipan kementerian berkenaan serta agensi di bawahnya.

Sumber : Bernama

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.