KUALA LUMPUR 29 Jun - Pelantikan seorang menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggunggjawab terhadap keselamatan negara berkaitan aktiviti haram merupakan antara cadangan perlu diberi perhatian serius bagi menangani gejala mesin-mesin judi. Satu sumber kepada Utusan Malaysia berkata, cadangan itu wajar dipertimbangkan kerajaan memandangkan gejala berkenaan yang kini dianggap berada pada tahap luar biasa seolah-olah tidak mampu dibanteras meskipun ia bukan isu baharu di negara ini. “ Pelantikan menteri seumpama itu membolehkan beliau memberi tumpuan terhadap isu berkenaan selain memantau keberkesanan kementerian dan agensi terlibat dalam menangani masalah tersebut yang mengancam kehidupan rakyat. “Beliau boleh memberi tekanan dengan mempersoalkan pegawai, agensi penguat kuasa atau kementerian berkaitan jika dilihat lemah dalam membuat penguatkuasaan sehingga kegiatan haram itu terus berleluasa,Â’Â’ katanya. Dalam pada itu, sumber itu berkata, keberkesanan usaha membanteras kegiatan perjudian haram di mesin-mesin judi juga banyak bergantung kepada kesungguhan pemimpin untuk memberikan arahan. Umpamanya kata beliau, satu arahan boleh dikeluarkan oleh pihak mempunyai kuasa lebih tinggi bahawa ketua polis daerah atau pemimpin pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dikenakan tindakan sekiranya gejala terhadap mesin judi masih berleluasa di kawasan seliaan masing-masing. “Dengan hanya satu arahan oleh pihak atasan boleh melumpuhkan kegiatan haram ini dan ia mesti dilakukan secara konsisten,Â’Â’ ujar beliau. Sementara itu, sumber berkenaan menambah, operasi pembersihan premis mesin-mesin judi secara besar-besaran juga merupakan antara pendekatan yang boleh diambil. Langkah itu kata beliau, bagaimanapun memerlukan komitmen dan kesungguhan banyak pihak bukan sahaja oleh agensi penguat kuasa tetapi melibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta jabatan bekalan air. Sumber : Utusan

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.