KUALA LUMPUR 29 Jun - Kelemahan penguatkuasaan yang didakwa akibat amalan rasuah melibatkan sesetengah agensi penguat kuasa menyebabkan kegiatan mesin judi haram tidak dapat dibanteras biar pun ia sudah berlaku sejak bertahun-tahun lalu dan kini berada pada tahap luar biasa. Satu sumber mendedahkan, berikutan keadaan itu pengusaha mesin judi haram tidak pernah berasa bimbang atau takut untuk menjalankan kegiatan mereka memandangkan ‘segalanya sudah diuruskanÂ’ dari segi undang-undang. “Jumlah yang ditawarkan kepada sesetengah anggota agensi penguat kuasa pula bukanlah sedikit ada antara mereka melibatkan sehingga ratusan ribu ringgit dan dibayar secara bulanan atau sekaligus,Â’Â’ dakwanya. Sumber itu mendakwa, pengusaha mesin judi haram tidak keberatan untuk mengeluarkan ‘modalÂ’ bagi menyogok anggota-anggota agensi penguat kuasa kerana mereka mengaut keuntungan berlipat ganda setiap bulan. “ Walaupun pemberian habuan ini seolah-olah ‘elaun tetapÂ’ kepada sesetengah anggota agensi penguat kuasa namun ia bukanlah perkara besar bagi pengusaha berkenaan kerana apa yang penting mereka boleh beroperasi dan memperolehi jutaan ringgit setiap bulan,Â’Â’ katanya. Selain itu dakwanya, terdapat juga sindiket yang membayar sesetegah anggota agensi penguat kuasa untuk melindungi premis mesin-mesin judi haram dan ada antara mereka mengutip duit bulanan sehingga RM300,000 menerusi ‘runnerÂ’. ‘’Sindiket ini juga menggunakan kod-kod tertentu yang menggambarkan perniagaan mereka telah ‘dibayarÂ’. Sebagai contoh melibatkan sebuah premis di sebuah daerah di Selangor, mereka menggunakan isyarat lampu berwarna merah atau biru sebagai petunjuk yang mereka telah memberi sogokan kepada penguat kuasa," katanya. Dakwa sumber tersebut, walaupun sebahagian besar agensi penguat kuasa mengetahui bahawa wujudnya kegiatan mesin judi haram di kawasan masing-masing tetapi mereka hanya ‘tutup mataÂ’ memandangkan telah menerima habuan daripada pengusaha. “Pernah berlaku di mana, barang rampasan di permis yang menjalankan kegiatan itu hanya ‘bertahanÂ’ dua jam sahaja. Pukul 2 pagi, mesin dirampas, pukul 4 pagi, pengusahanya sudah memperolehinya semula, bagaimana ini boleh berlaku?Â’Â’ katanya. Sumber itu berkata, pengusaha mesin judi bukan sahaja sanggup menyogok anggota agensi penguat kuasa di peringkat daerah malah juga sehingga ke peringkat pusat. “ Contohnya, jika ada mana-mana ketua agensi penguat kuasa di peringkat daerah menunjukkan ketegasan, pengusaha akan cuba menggunakan orang tengah untuk berunding dengan peringkat lebih tinggi. Kesudahannya, mereka seolah-olah mendapat ‘lampu hijauÂ’ bagi menjalankan kegiatan haram itu,Â’Â’ katanya. Apa yang mengejutkan di seseteÂngah negeri, dakwa sumber tersebut, pengusaha mesin judi menyediakan premis atau tempat khas untuk anggota agensi penguat kuasa bermain. Sumber : Utusan
Rasuah jadi punca?
- Details
- 616