KUALA LUMPUR 17 Jun - Kementerian Dalam Negeri meminta Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia dengan bantuan agensi-agensi perisikan peringkat antarabangsa memantau anggota masing-masing bagi mengelak wujudnya tali barut. Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana 'orang dalam' yang menjadi tali barut dikhuatiri menyalurkan maklumat risikan bagi aktiviti militan. "Contoh kes terbaharu penangkapan seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, Sabah yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan. "Ketika insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah seorang anggota polis Cawangan Khas ditangkap kerana dipercayai memberi maklumat dalaman," katanya selepas program Ruang Bicara Bernama TV bertajuk 'Cabaran Keselamatan Negara' di Wisma Bernama di sini, malam tadi. Ahmad Zahid berkata, pemantauan dan risikan dalam kalangan anggota pasukan keselamatan bertujuan mengelakkan kemungkinan adanya 'musuh dalam selimut'. Mengulas mengenai kadar jenayah terancang, beliau berkata, terdapat penurunan antara 10 hingga 12.3 peratus, malah tahap keyakinan masyarakat terhadap polis juga meningkat kepada 19 peratus berdasarkan kajian syarikat perunding global Frost (amp) Sullivan. "Bagaimanapun pasukan keselamatan masih menghadapi kekangan dari segi anggota dan aset. Contohnya, di negara maju seorang anggota polis menjaga kira-kira 350 individu tetapi di negara ini secara puratanya seorang anggota polis menjaga kira-kira 3,600 orang penduduk," kata beliau. Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan, tugas membanteras jenayah dapat dilaksanakan jika ahli masyarakat bekerjasama dan menganggotai badan-badan sukarela seperti Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), program kepolisan masyarakat, Askar Wataniah dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Sumber : Utusan

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.