KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dilihat mengambil langkah proaktif dalam menangani isu penyelewengan diesel bersubsidi seperti mana didedahkan oleh akhbar ini sejak 10 Mei lalu. Pelaksanaan Ops Titik yang bermula sejak 25 Mei lalu dan diikuti dengan pembekuan lesen baharu untuk pemborong serta mengehadkan kuota diesel dan petrol di stesen minyak di sempadan adalah langkah yang diambil oleh kementerian tersebut. Sementara semua la ngkah itu membuktikan kesungguhan kementerian berkenaan namun dalam masa yang sama masih terdapat tindakan lebih tegas perlu dilakukan oleh kerajaan bagi membanteras penyelewengan bahan bakar itu. Rantaian sindiket yang terlibat dalam kegiatan haram ini bukan sekadar melibatkan pemborong atau pengusaha stesen minyak tetapi lebih kritikal ia turut membabitkan amalan rasuah dalam kalangan sesetengah anggota agensi penguat kuasa. Keadaan menjadi bertambah parah apabila seolah - olah tiada pemantauan dan pengaw asan dilakukan bagi mengelakkan ketirisan. Syarikat minyak tidak diawasi, pemborong tidak dipantau dan pengusaha stesen minyak pula tidak diperiksa. Kuota kepada persatuan - persatuan nelayan pula tidak betul - betul dipastikan mencapai matlamatnya. Kesudahan nya ia membuka peluang kepada perbuatan jenayah terancang bagi menyeleweng diesel bersubsidi yang menyebabkan segala niat murni kerajaan membantu rakyat menjadi sia - sia. Oleh itu usaha memerangi penyelewengan bahan bakar tersebut tidak boleh dilakukan sec ara musim, jangan disebabkan pendedahan media baharulah semua pihak kelam - kabut untuk mengambil tindakan, sedangkan seperti mana kata sebuah agensi kerajaan, mereka sudah memantau penyelewengan itu sejak lima tahun lalu. Atas sebab itulah, buat kali terak hir penyelewengan ini tidak harus dibanteras melalui operasi yang dilancarkan sementara apatah lagi melalui langkah yang sekadar untuk menunjukkan tindakan sudah diambil. Oleh itu dalam tempoh enam bulan sepanjang pembekuan lesen baharu pemborong dan stese n minyak, adalah diharapkan KPDNKK akan melancarkan operasi besar - besaran untuk membuat pemeriksaan, pemantauan dan pengauditan terhadap pemborong, syarikat minyak dan stesen minyak sedia ada. Langkah itu perlu dilakukan kerana penulis diberitahu terdapat terlalu banyak kelemahan dalam soal tersebut sehingga ia memberi peluang kepada sindiket untuk mengambil kesempatan. Operasi ini bukan sahaja perlu disertai oleh KPDNKK sahaja tetapi juga agensi penguat kuasa lain dan paling terbaik jika ia dikoordinasik an oleh Jabatan Peguam Negara seperti pasukan petugas khas yang melancarkan Operasi Diesel Selatan (ODIS) baru - baru ini. Tindakan itu penting bagi memastikan operasi tersebut tidak menjadi sia - sia akibat ada segelintir anggota agensi penguat kuasa bersedi a menjadi 'hamba' kepada sindiket. Bagaimanapun usaha membanteras penyelewengan diesel bersubsidi ini tidak harus sekadar melalui operasi KPDNKK sahaja, sebaliknya, satu mekanisme paling jitu perlu diwujudkan supaya perbuatan mensabotaj ekonomi negara ini tidak berterusan. Fokus paling utama ialah memerangi habis - habisan mana - mana anggota agensi penguat kuasa yang tidak jujur dan bersedia menjadi pengkhianat dengan menerima rasuah daripada sindiket. Berdasarkan maklumat yang diperolehi penulis sepanjang m engikuti isu penyelewengan diesel bersubsidi, tidak keterlaluan kalau dikatakan tiada mana - mana agensi penguat kuasa yang terselamat daripada godaan sindiket. Ingin ditegaskan, penulis tidak menyatakan semua terlibat tetapi siasatan dan pemantauan pihak b erkuasa mendapati segelintir anggota agensi penguat kuasa melakukan perbuatan haram itu. Kelompok inilah yang merosakkan imej agensi penguat kuasa yang penulis percaya terdapat ribuan lagi bekerja ikhlas dan jujur demi bangsa, agama dan negara. Terdapat pe lbagai faktor yang mendorong segelintir mereka terlibat ia termasuklah antaranya sudah terlalu lama berada di agensi terlibat atau terlalu berkuasa sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun Pusat. Justeru sebarang tindakan pembanterasan yang dilaungkan dengan istilah 'diperangi habis - habisan' tidak akan membawa apa - apa erti selagi pengkhianat di dalam agensi terlibat tidak dihapuskan. Tetapi ini bukanlah bermakna, kerajaan berada di simpang mati untuk bertindak. Sebaliknya pilihan terbaik seperti mana p ernah diketengahkan oleh penulis sebelum ini ialah mewujudkan pasukan petugas khas yang dikoordinasi oleh sebuah agensi yang mempunyai kuasa memberi arahan kepada agensi - agensi lain. Pasukan ini bukan sahaja akan bertanggungjawab membanteras penyelewengan diesel bersubsidi tetapi apa juga perkara yang melibatkan ketirisan wang kerajaan. Percayalah, selagi pasukan petugas khas itu tidak ditubuhkan selagi itulah usaha menangani jenayah terancang akan menjadi sia - sia. Sebenarnya sindiket yang terlibat tidaklah sehebat mana tetapi mereka kuat kerana bersedia mengeluarkan 'modal' bagi merasuah agensi penguat kuasa. Dan kerja mereka menjadi mudah kerana ada anggota agensi penguat kuasa tidak pernah bersyukur dengan rezeki halal yang mereka nikmati untuk menyara anak isteri. Seperkara lagi, kewujudan pasukan petugas itu dilihat mampu mengatasi a pa yang kononnya diistilahkan sebagai 'itu kes kami' apabila ada serbuan hendak dilakukan oleh agensi penguat kuasa dari Pusat. Kejadian itu berlaku baru - baru ini di sebuah negeri apabila sepasukan agensi penguat kuasa cuba membuat serbuan ke atas satu sin diket menyeludup minyak diesel bersubsidi. Oleh itu, jika pasukan petugas khas itu wujud, semua agensi penguat kuasa di peringkat negeri perlu patuh kepada kuasa yang dimiliki pasukan petugas khas berkenaan. Namun penulis percaya, tiada perkara yang must ahil dalam usaha memerangi penyelewengan diesel bersubsidi atau apa juga kegiatan haram, apa yang penting kejujuran dan keikhlasan menunaikan amanah yang diberikan. Jika sikap ini wujud sudah pasti sindiket - sindiket terlibat akan menghadapi masalah menjala nkan kegiatan haram mereka. Sebab itulah, penubuhan pasukan petugas khas itu penting kerana niat ikhlas kerajaan meringankan beban rakyat sama sekali tidak boleh dicemari dengan penyelewengan yang didalangi oleh sindiket melalui bantuan pengkhianat dalam sesetengah agensi penguat kuasa. Sumber : Utusan
Jangan hanya 'beku' lessen
- Details
- 573