SEPANG, 31 Mei (Bernama) -- Wanita warganegara China Gao Hua Yuan, yang berjaya diselamatkan pihak berkuasa negara selepas diculik sekumpulan tujuh lelaki bersenjata pada 2 Apri lepas, akan dihantar pulang ke negara asalnya pada Sabtu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Tanpa mendedahkan masa perlepasan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khalid berkata Gao, 29, terlebih dahulu dibawa dari Sabah sebelum berlepas ke China. Kerajaan Malaysia sedang mengatur perjalanan Gao dengan selamat untuk bertemu keluarga yang menunggu kepulangannya sejak awal April lalu, katanya kepada pemberita di KLIA sebelum berlepas ke London, di sini hari ini. Menurutnya warga Filipina Marcy Dayawa n, 40, yang diculik bersama Gao dalam kejadian itu, juga akan dihantar segera ke negara asalnya. Ditanya sama ada pihak media diberi peluang bertemu Gao untuk mendapatkan berita tentang pengalaman pahit yang dilaluinya, Khalid berkata wanita itu tidak har us diberi tekanan. "Saya rasa dia pun tak mahu. Jangan ganggu dia. Dia pun dah lama dalam tekanan. Biarlah dia berjumpa dengan keluarga dahulu," katanya. Pada 2 April lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata menculik Gao, yang berasal dari Shanghai, dan Dayawan, pekerja di Singamata Adventures and Reef Resort, kira - kira 10.30 malam. Malam tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laman Twitter beliau @NajibRazak memaklumkan bahawa beliau telah diberi taklimat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) b ahawa dua wanita yang diculik dari sebuah resort di Sabah (pada April lalu) berjaya diselamatkan pihak berkuasa negara ini. "Tiada wang tebusan dibayar bagi pembebasan mereka," kata Najib dalam Twitter beliau sambil merakamkan penghargaan kepada pasukan k eselamatan negara di atas usaha mereka membebaskan kedua - dua mangsa culik itu. Najib berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina. Resort 60 bilik itu, yang beroperasi lebih 10 tahun itu, terletak kira - kira dua ba tu nautika dari Pekan Semporna. Ketika kejadian itu, terdapat 61 pelancong iaitu 59 rakyat China, seorang warga Iran dan seorang pelancong Malaysia. Wanita China itu datang ke resort berkenaan seorang diri untuk mengikuti kursus selaman bagi memperoleh lesen selam skuba laut terbuka anjuran Persatuan Jurulatih Selaman Profesional (PADI). Kejadian itu dilakukan oleh kumpulan penjenayah yang menjadi penculikan sebagai kerjaya untuk mendapatkan wang tebusan, sama seperti insiden pembunuhan dan penculikan se pasang pelancong suami isteri warga Taiwan di Pulau Pom - Pom, Semporna, tahun lepas. Sumber : BERNAMA
Wanita China Yang Diculik Di Sabah Dihantar Pulang Hari Ini
- Details
- 589