PUTRAJAYA, 29 Mei (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mematahkan 82 cubaan penyeludupan bahan api bersubsidi dengan nilai rampasan berjumlah RM2.75 juta dalam Ops Titik yang dilancarkan pada 15 Mei lepas. Menteri berkenaan Datuk Seri Hasan Malek berkata pasukan penguat kuasa bersepadu akan terus menggempur semua kawasan yang dikenal pasti, dengan tumpuan utama terhadap RON95, diesel dan gas memasak (LPG). "Kita akan memperhebat usaha mengesan kegiatan peny eludupan di bawah Ops Titik. "Kita akan bergerak bersepadu dengan agensi - agensi lain seperti Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) ba gi mencegah penyelewengan berterusan," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDNKK di Putrajaya, Khamis. Pada majlis itu, KPDNKK melancarkan pakaian seragam penguat kuasa baharu yang berwarna kelabu arang dengan semua anggota penguat kuasa dijangka mula memakainya dalam tempoh dua bulan lagi. Hasan berkata kerajaan kini dalam proses mengkaji mekanisme lain untuk memerangi penyeludupan bahan api bersubsidi. Mengenai gesaan Jawatankuasa Kira - Kira Wang Negara (PAC) supaya agensi penguat kuasa bertanggungjawab mengenai diesel bersubsidi dirombak bagi membanteras penyeludupan bahan api ke negara jiran, beliau berkata KPDNKK sudahpun memulakan tindakan penempatan pegawai penguat kuasa sejak tahun lepas. "Saya tidak mahu pegawai - pegawai penguat kuasa tinggal terlalu lama di satu - satu tempat. Kalau boleh tiga tahun sahaja. Rombakan ini akan diteruskan dan dilipatgandakan," katanya. Dalam pada itu, Hasan bersedia membantu SPRM berhubung laporan bahawa beliau didakwa campur tangan tangan dalam pinjaman RM32 juta yang diberikan oleh Bank Rakyat kepada peniaga permaidani, Deepak Jaishikin. "Kita bertindak atas dasar undang - undang dan mengikut peraturan yang sedia ada," katanya tanpa mengulas lanjut. Isnin lepas, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendakwa khidmatnya sebagai pengerusi Bank Rakyat tidak disambung gara - gara permohonan pinjaman oleh Deepak. Sementara itu, Hasan berkata KPDNKK akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang masih berdegil menjual dua jenis cokla t Cadbury yang mengandungi DNA khinzir (porcine) dengan menggunakan logo Halal. Beliau berkata pemeriksaan KPDNKK terhadap 175 premis termasuk kedai bebas cukai mendapati dua jenis coklat jenama itu sudah tidak lagi dijual. Mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, beliau berkata individu yang menjual dua jenis coklat Cadburry mengandungi DNA khinzir dengan logo Halal itu boleh didenda RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua - duanya sekali dan bagi syarikat pula, ia boleh didenda RM5 juta kerana penyalahgun aan logo Halal. "Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah menggantung sijil pengesahan Halal dua produk coklat Cadbury dan jika peniaga masih berdegil, kita akan buat rampasan," katanya. Sementara itu, Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin berkata pihaknya, JAKIM dan Kementerian Kesihatan akan mengadakan satu mesyuarat tertutup Jumaat untuk menyelaraskan tindakan penguatkuasaan terhadap pengeluar Cadbury. Sumber : BERNAMA
KPDNKK Rampas RM2.75 Juta Bahan Api Bersubsidi Hasan
- Details
- 623