KUALA LUMPUR 23 Mei - Operasi membanteras penyelewengan diesel dan petrol bersubsidi yang disahkan berada di tahap serius tidak akan membantu menyelesaikan perbuatan jahat tersebut jika sistem pengagihan bahan bakar itu tidak dikaji semula. Selain itu, kerajaan juga perlu mengwujudkan sebuah pasukan petugas khas menangani masalah tersebut untuk memastikan kegiatan penyelewengan dapat dihapuskan sama sekali melalui penguatkuasaan undang - undang. Difahamkan, ketika ini kaedah pengagihan sedia ada terlalu longgar sehingga membolehkan sindiket mengambil kesempatan termasuk merasuah anggota agensi penguat kuasa dengan kadar 1 sen bagi setiap liter yang diseleweng. Keadaan itulah yang memungkinkan daripada sejumlah 8.5 bilion liter diesel bersubsidi yang diguna pakai oleh kenderaan komersial 3.5 bilion liter telah disalahgunakan akibat aktiviti penyeludupan dan kegiatan mengaut untung keterlaluan termasuk melalui car a gelap. Statistik ini menunjukkan hanya 5 bilion liter digunakan secara betul atau dimanfaatkan. Berdasarkan maklum balas yang diterima Utusan Malaysia beberapa langkah wajar dipertimbangkan oleh kerajaan untuk dilaksanakan iaitu: Mewujudkan pasukan pet ugas khas yang diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pasukan ini perlu dianggotai anggota agensi penguat kuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Kastam Diraja dan agensi yang relevan. Peranan pasukan petugas ini bukan sahaja bertanggungjawab untuk membanteras penyelewengan diesel dan petro l bersubsidi, sebaliknya apa juga barangan yang menerima subsidi daripada kerajaan. Kewujudan pasukan petugas khas dijangka mampu membanteras habis - habisan sebarang perbuatan penyelewengan melibatkan barangan bersubsidi dan sekali gus mengelakkan amalan rasuah yang dilakukan oleh sesetengah agensi penguat kuasa. Mewujudkan sistem pengagih-an lebih telus dengan memastikan hanya warga Malaysia sahaja yang berhak menggunakan diesel bersubsidi. Ia melalui pendekatan menggunakan MyKad untuk mengisi bahan bakar tersebut. Bagaimanapun had ter-tentu perlu ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan. Mengehadkan tempoh penempatan seseorang pegawai dan anggota agensi penguat kuasa di sesuatu kawasan bagi mengelakkan mereka terjebak dengan gejala rasuah. Tempoh yang paling sesuai ialah di bawah tiga tahun. Satu sumber memberitahu, sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah drastik bagi mengatasi masalah penyelewengan diesel dan petrol bersubsidi secara menyeluruh dan bukannya melalui operasi bermusim. "Kita tidak boleh membiarkan penyelewengan itu berterusan kerana ia bukan sahaja tidak adil kepada kumpulan sasaran tetapi juga paling penting boleh membawa kesan buruk kepada ekonomi negara," katanya. Sumber : Utusan
Kaedah agihan perlu dikaji semula
- Details
- 621