KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pihak polis memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi supaya menukar atau menanggalkannya sebelum operasi besar - besaran dijalankan mulai 16 Jun ini. Ketua Trafik Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, SAC Mohd Fuad Abd Latiff berkata pemilik diberi tempoh sehingga 15 Jun untuk menukar cermin gelap dan plat nombor kenderaan mereka sebelum kompaun RM300 dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan. "Penggunaan cermin gelap dan nombor pendaftaraan tidak mengikut spesifikasi akan menyukarkan (tugas) untuk mengecam suspek," kata beliau kepada pemberita di ibu negara, Khamis. Namun Mohd Fuad berkata penggunaan (cermin gelap dan plat yang sesuai) perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan. Sumber : BERNAMA
Operasi Cermin Gelap Polis Bermula 16 Jun
- Details
- 580