MELAKA, 15 Mei (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bercadang menambah lebih 1,000 anggota dan pegawai baharu bagi meng hadapi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015. Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasa/Pematuhan) Datuk Matrang Suhaili berkata perkara itu telah diusulkan kepada kerajaan dan pihaknya akan menunggu kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi pengambilan anggota berkenaan. "Kita tidak mahu menunggu pelaksanaan CBP pada tahun hadapan baru hendak ambil anggota baharu sebaliknya kita membuat persediaan awal bagi memastikan CBP dapat dilaksanakan dengan berkesan," katanya kepada pemberita selepas majlis tamat latihan kursus asas pembantu penguasa Kastam gred W17 melibatkan 208 anggota di sini, Khamis. Cukai tersebut yang bakal dilaksanakan pada kadar enam peratus akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkh idmatan bertujuan untuk memperteguhkan ketahanan ekonomi negara bagi jangka masa panjang. Beliau berkata JKDM juga akan memastikan kesemua anggota dan pegawainya mendapat latihan dan ilmu pengetahuan mencukupi dalam menjayakan pelaksanaan CBP. Matrang be rkata ia termasuk tatacara penipuan dan pengauditan melibatkan Skim Bayar Balik Pelancong dalam CBP. "Kita memerlukan lebih ramai anggota yang kompeten dan berilmu untuk memantau dan melaksanakan Skim Bayar Balik Pelancong di lapangan terbang bagi mengela k berlakunya penipuan seperti yang berlaku di negara menggunakan sistem CBP ini," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan memastikan anggota dan pegawai JKDM yang ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) terutama anggota yang baharu dilantik mampu menangani pelbagai tugas mencabar. Katanya, antara tugas penting yang perlu dilaksanakan ialah memastikan barangan seperti dadah, tembakau dan senjata api tidak mudah melepasi pemeriksaan Kastam. Sementara itu, Matrang b erkata kira - kira 90 peratus daripada lantikan baharu pembantu penguasa Kastam gred W17 tersebut akan ditempatkan di klia2 manakala selebihnya di Johor, Sabah dan Sarawak. Sumber : BERNAMA
CBP: Kastam Cadang Tambah Lebih 1,000 Anggota Baharu
- Details
- 593